in ,

Tahniah! Pelakon Ikmal Amry Bertunang di Hari Raya Ketiga

Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih berlangsung, namun ia tidak menghalang segelintir pasangan daripada membawa perhubungan mereka ke fasa yang lebih serius.

Memilih majlis pertunangan di hari raya ketiga ketika PKPB masih dilaksanakan, Ikmal mempunyai alasannya yang tersendiri. Pelakon kacak yang dicungkil dari Hero Remaja ini yang mendedahkan bahawa dia sudah pun bertunang dengan gadis pilihan, Najla pada raya ketiga kelmarin.

Sudah pun merancang majlis tersebut sejak daripada sambutan raya tahun lepas, pelakon lelaki ini memanjatkan rasa syukur kerana hasrat mereka berjaya juga dicapai.

Walaupun pun majlis pertunangan ini terpaksa ditangguhkan dek jadual kerja yang sangat padat dan krisis COVID-19 yang melanda negara, pasangan ini hanya mampu menjalankan persiapan sederhana sahaja bagi menyambut hari bermakna ini.

“Sebenarnya kami dah rancang agak lama untuk mengikat tali pertunangan ini.

Jadi rasanya ini adalah waktu yang sesuai sebelum semua sibuk memulakan pekerjaan nanti.

Majlis yang dilangsungkan pun sederhana sahaja. Hanya disertai oleh keluarga rapat,”

– Ikmal Amry
Ikmal Amry Bertunang

Ikmal dan Najla juga menjelaskan bahawa mereka bakal mendirikan rumah tangga pada Disember tahun ini meskipun merancang untuk mengadakannya lebih awal iaitu September pada mulanya.

Semuanya bergantung kepada keadaan. Jika situasi pandemik ini masih berleluasa, mungkin dia akan memikirkan untuk menundanya pada tahun hadapan.

“Insya-Allah, kami merancang untuk bernikah Disember tahun ini, pada mulanya saya dan Najla mahu adakan majlis pada bulan September, tetapi ramai pula ahli keluarga dan saudara terdekat yang memilih bulan itu.”

– Ikmal Amry

Terbit rasa risau sekiranya hari bahagia itu nanti mengalami sebarang masalah sekiranya isu COVID-19 masih berlangsung, pelakon lelaki itu tidak kisah mengadakan majlis akad nikah secara bersederhana sahaja.

Malahan mereka mungkin akan meminda majlis resepsi ke suatu tarikh lain yang lebih sesuai.

Ikmal Amry Bertunang

“Alhamdulillah kami berdua rasa sudah tiba masanya untuk meneruskan hubungan ke peringkat seterusnya.

Umur saya pun dah 27 tahun ini. Adik-beradik saya yang lain pun masa umur macam ni mereka dah ada dua, tiga orang anak dah. Hehe!

“Lagi pun Along pun ada cakap, jangan risau tentang rezeki.

InsyaAllah kalau nak buat benda baik, Allah akan permudahkan dan bila kahwin nanti rezeki juga semakin murah,”

– Ikmal Amry

Berita gembira ini turut dikongsi di laman instagram Ikmal Amry dan kelihatan ramai peminatnya seperti patah hati apabila mendengar khabar berita ini. 

Ikmal Amry Bertunang
Ikmal Amry Bertunang

“Sebelum ini waktu pertama kali saya memuat naik gambar Najla di media sosial, pelbagai reaksi yang kami terima. 

Bagi peminat yang memang dah lama mengikuti saya, mereka turut gembira dan menerima hubungan kami seadanya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang tak putus-putus memberi sokongan buat saya selama ini.

– Ikmal Amry

Tak sangka 4 tahun perkenalan membawa Ikmal dan Najla sehingga menjadi tunangan. 

Ikmal Amry Bertunang

Apa-apa pun tahniah kami ucapkan kepada Ikmal Amry dan pasangan, Najla. Kita doakan agar segala urusan mereka dipermudahkan, insyaAllah.

Ikmal Amry merupakan seorang pelakon dan model Malaysia yang mula dikenali selepas menyertai pertandingan ikon pemuda Malaysia anjuran majalah Remaja, Hero Remaja 2017.

Beberapa aktor lain yang dilahirkan daripada musim tersebut termasuk Alif Muhaimin, Farhan Asri, Harris Annuar, Nabil Aqil dan Safwan Nazri.

Ikmal bagaimanapun hanya berjaya menempatkan diri sehingga minggu Top 7.

Ikmal Amry Bertunang

Biodata

1. Nama sebenarnya, Mohd Zulikmal Amry bin Ghazali. Menggunakan nama komersial, Ikmal Amry.

2. Lahir pada 2 Julai 1994 di Melaka. Kini berusia 25 tahun.

3. Berketinggian 1.80 meter.

4. Merupakan pelakon dan model yang mula bergiat dalam dunia hiburan sejak tahun 2015.

5. Bekas penuntut dalam jurusan pengurusan perniagaan. Menceburi bidang lakonan kerana pengaruh daripada rakan sekeliling yang terlibat dalam dunia seni.

6. Bakatnya dikesan menerusi pertandingan Hero Remaja 2017 yang turut melahirkan pelakon Alif Muhaimin, Farhan Asri, Harris Annuar, Nabil Aqil dan Safwan Nazri.

7. Namanya melonjak naik selepas membintangi drama rantaian, Mencintaimu Mr Photographer yang diterajui Syafiq Kyle dan Hannah Delisha.

8. Lain-lain drama dibintanginya seperti Syurgaku Tak Sempurna, Gantung The Series, Inai Yang Hilang, Sejuta Rasa Buat Adelia, Aku Cinta Dia , Voice Note dan Puteri Yang Ditukar.

9. Turut muncul dalam telefilem Jodoh Memang Tak Pergi Ke Mana, Mama Tak Akan Sama dan Selekoh Terakhir.

10. Menggunakan akaun Instagram (IG) atas nama @ikmalamry yang sehingga kini sudah mengumpul hampir 400 ribu jumlah pengikut.

11. Bercita-cita untuk mengusahakan jenama kosmetik yang dibuat khusus untuk para lelaki.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Harap Yang Terbaik Buat Keluarga, Indahnya Titipan Doa Ashraf Muslim

Bapa Wada Syuhada Meninggal Dunia