in , ,

Sama Cantik Sama Padan, Resepsi Ikmal Amry & Isteri Meriah Dirai Teman Rapat

Pelakon yang sedang meningkat naik, Ikmal Amry, 26 telah selamat bergelar suami kepada seorang selebriti media sosial, Najla Shamsul, 22.

Pasangan tersebut telah bernikah di  kediaman pengantin perempuan yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada pagi Sabtu 19 Disember 2020.

Sama Cantik Sama Padan, Resepsi Ikmal Amry & Isteri Meriah Dirai Teman Rapat
Ikmal Amry mengucup dahi isterinya

Pada sebelah malam pula, Ikmal Amry atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali dan pasangan telah mengadakan resepsi disebelah pengantin lelaki pula di A’Famosa Resort Melaka.

Persandingan tersebut juga hanya dihadiri keluargan dan rakan rapat Ikmal yang turut berkongsi gambar-gambar semasa resepsi tersebut berlangsung di media sosial.

Kedua-duanya terlihat sangat sepadan bersanding di atas pelamin dengan mengenakan busana songket berwarna ungu cair.

Untuk makluman, pelakon bertubuh sasa ini telah mengikat tali pertunangan dengan isterinya sekitar Mei lalu selepas menjalinkan cinta beberapa tahun.

Tahniah diucapkan kepada Ikmal dan isteri tercinta! Semoga berbahagia dan ikatan perkahwinan berkekalan hingga ke syurga hendakNya.

Sama Cantik Sama Padan, Resepsi Ikmal Amry & Isteri Meriah Dirai Teman Rapat
Sama Cantik Sama Padan, Resepsi Ikmal Amry & Isteri Meriah Dirai Teman Rapat
Sama Cantik Sama Padan, Resepsi Ikmal Amry & Isteri Meriah Dirai Teman Rapat

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ikmal Amry Sah Bergelar Suami Kepada Personaliti Media Sosial Najla Shamsul

Rancang Kahwin di Tahun 2021, Lee Kwang Soo & Lee Sun Bin Sudah Beli Rumah