in , ,

Sony Keluarkan Cyperpunk 2077 dari PlayStation Store, Berikan Bayaran Balik Penuh

Semalam, Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan game Cyberpunk 2077 dari kedai atas talian mereka, PlayStation Store.

Mereka juga menyatakan bahawa mereka akan memberi bayaran balik penuh kepada sesiapa yang telah membeli game itu.

Penerbit Cyperpunk 2077, CD Project Red telah melancarkan Cyberpunk 2077 pada 10 Disember lalu di platform Windows 10, PlayStation 4, Xbox One dan Stadia.

Game ini sebenarnya telah diumumkan pada tahun 2012 tetapi tarikh pelancarannya ditetapkan pada 16 April 2020. Namun, ianya telah dilanjutkan ke 17 September, kemudian ke 19 November dan akhir sekali ke 10 Disember.

Sejak dilancarkan, banyak pemain mengeluh akan pelbagai masalah yang berlaku ketika bermain game ini terutamanya pada konsol PlayStation dan Xbox. Frame rate game ini di konsol dikatakan sering kali turun ke 20fps dan kadang-kadang tutup secara tiba-tiba.

Game ini juga dikatakan mempunyai banyak pepijat yang menyusahkan pemain untuk menikmati game ini.

Ini adalah kali pertama Sony terpaksa mengeluarkan game bertaraf AAA dari PlayStation Store akibat daripada masalah game tersebut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Terbuai Rasanya Bila Dengar NAFAS CINTA Lagu Baru Aina Abdul Duet Bersama Khai Bahar

Ikmal Amry Sah Bergelar Suami Kepada Personaliti Media Sosial Najla Shamsul