in , ,

Nikmati Pengalaman Atas Talian Airbnb Hanya Dengan RM1 Sempena Merdeka Ini

Sempena Hari Merdeka ke-64, Airbnb melancarkan satu siri khas Pengalaman Atas Talian berharga hanya RM1. Pengalaman ini akan dihoskan secara eksklusif oleh hos-hos dari Malaysia.

Daripada pertunjukan silap mata yang mengujakan, seni batik kreatif, sehinggalah ke program permainan dan perkongsian tentang cara memupuk mentaliti peserta Olimpik oleh seorang atlet tanah air. Setiap Pengalaman Atas Talian ini menawarkan peluangkepada rakyat Malaysia  untuk sama-sama meraikan Merdeka secara maya dalam PKP yang berterusan.

Siri khas ini akan berlaku sepanjang hari pada 31 Ogos, dan tempahan ditawarkan secara  ‘siapa cepat, dia dapat’.

Slot untuk setiap pengalaman adalah terhad. Buat tempahan sekarang juga untuk pengalaman Merdeka yang lebih bermakna! Jadual masa berikut adalah dalam Waktu Piawai Malaysia.

“Kami berharap pengalaman atas talian RM1 sempena Merdeka  akan menyemarakkan rasa bangga dan keterujaan rakyat Malaysia sempena hari bersejarah ini yang akan diraikan di rumah berikutan pelaksanaan PKP,” kata Amanpreet Bajaj, Pengurus Besar Airbnb untuk Asia Tenggara, India, Hong Kong dan Taiwan.

AIRBNB

“Di bawah bimbingan dan tunjuk ajar para Hos tempatan kami yang bersemangat tinggi, tetamu akan berpeluang menghayati semula warisan dan sejarah unik Malaysia, di samping menikmati pelbagai aktiviti menyeronokkan, atau mempelajari sesuatu perkara baharu bersama orang tersayang.”

Cuti-cuti Malaysia dari Keselesaan Rumah

Kenali pelbagai warisan budaya dan kekayaan sejarah Malaysia bersama pakar-pakar sejarah dari Malaysia! Sertailah program permainan bertemakan sejarah dengan insan tersayang untuk melihat siapa sebenarnya yang memberi perhatian dalam kelas sejarah! Jika anda ingin mengimbau nostalgia masa silam, anda bukan sahaja dapat meneroka kisah dahulukala Kuala Lumpur dengan seorang pemandu pelancong yang berpengalaman, bahkan mempelajari sedikit Bahasa Jawi daripada sesi ini! Bagi menikmati detik menyeronokkan bersama seisi keluarga, bawalah kanak-kanak anda untuk mendaki gunung secara maya, dan cuba cari jalan keluar dari hutan rimba menerusi Pengalaman Dalam Talian yang berasaskan pengembaraan ini!

Detik Keajaiban Bersama Ahli Silap Mata Tanah Air Yang Tersohor Di Dunia

Saksikan detik-detik penuh keajaiban di pentas maya menerusi aktiviti berkumpulan ini! Bersedia untuk terpesona dengan pertunjukan silap mata yang luar biasa oleh Andrew Lee, yang merupakan Hos Pengalaman Airbnb serta semi finalis Britain’s Got Talent dan Asia’s Got Talent! Jangan ketinggalan juga untuk menyaksikan ‘Ini adalah magik’, seni silap mata yang menakjubkan daripada ahli silap profesional dan Hos, Acker, yang berjaya memasuki Malaysia Book of Records dengan pertunjukan silap mata di bawah air yang pertama di negara!

Memperkaya Minda Anda Dengan Seni Kreatif Dan Bimbingan Peribadi 

Tercari-cari ‘pengubat jiwa’ dan pengisian kreatif dalam PKP yang tidak berkesudahan ini? Kini, anda berpeluang belajar menghasilkan karya batik anda sendiri dan mereka bentuk motif batik dengan pelbagai teknik tradisional. Jika anda masih merindui semangat bersukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini, sertailah Pengalaman Dalam Talian dibawa khas oleh Peserta Olimpik Malaysia Tiga Kali, Josiah Ng yang akan berkongsi ‘resipi’ untuk memupuk mentaliti berdisiplin tinggi bagi menghadapi segala kemungkinan.

Mengenai Airbnb

Airbnb ditubuhkan pada tahun 2007 apabila dua orang hos mengalu-alukan tiga tetamu ke kediaman mereka di San Francisco, dan sejak itu telah berkembang kepada 4 juta hos yang telah mengalu-alukan lebih 900 juta ketibaan tetamu di hampir setiap negara di seluruh dunia. Setiap hari, hos menawarkan penginapan dan pengalaman unik yang membolehkan tetamu mengalami dunia dengan cara yang lebih tulen dan akrab.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ANDI BERNADEE

Kawan Baik Songlap Duit RM70,000, Andi Bernadee Buat Laporan Polis

Ijam Majid Lancar Single Terbaharu Berjudul NAGAKU WARA WARA NIA