in , ,

Ibu, Bapa & Adik Bongsu Alif Satar Juga Disahkan Positif Covid-19, Mohon Semua Berdoa

Selepas Alif Satar, 30 memaklumkan bahawa dirinya positf Covid-19, beliau telah memberitahu kepada semua di media sosial miliknya berkenaan keadaan semasa.

Alif turut telah memberikan nama-nama kontak rapat dirinya kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memudahkan urusan.

Dalam pada itu, pengurus kepada Alif, Adlina Abu Bakar telah memaklumkan kepada Astro Gempak bahawa ibu bapa dan adik kepada Alif turut disahkan positif Covid-19 pada hari ini.

Ibu, Bapa &Amp; Adik Bongsu Alif Satar Juga Disahkan Positif Covid-19, Mohon Semua Berdoa

Hal tersebut dinyatakan menerusi panggilan telefon yang dibuat sumber kepada Adlina.

“Alhamdulilah, saya bersyukur sangat apabila disahkan negatif Covid-19 oleh pihak hospital.”

“Pun begitu, saya masih perlu menjalani kuarantin selama 14 hari dan akan membuat saringan kedua pada hari ke 12.”

“Namun, saya bersimpati apabila mendapat tahu ibu bapa serta adik bongsu Alif yang telah disahkan positif sebentar tadi. Mereka kini dirawat di Hospital Sungai Buloh,”

– Adlina Abu Bakar
Ibu, Bapa &Amp; Adik Bongsu Alif Satar Juga Disahkan Positif Covid-19, Mohon Semua Berdoa

Alif Minta Doakan Isteri & Anak2 Negatif Covid-19

Pengurus Alif juga turut menyatakan bahawa anak-anak dan isteri pengacara terbabit sudah menjalani ujian saringan pada hari ini dan akan diberitahu keputusannya secepat mungkin.

Setakat ini, Alif Satar tidak mengalami sebarang simptom ataupun komplilasi berhubung Covid-19 dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Melaka.

“Alif kini menjalani rawatan seperti biasa di hospital dan tidak menunjukkan apa-apa symptom atau sakit.”

“Cuma Alif meminta semua mendoakan agar isteri dan anak-anaknya dilindungi dari jangkitan virus tersebut dan mereka berada dalam keaadan sihat,”

– Adlina Abu Bakar
Ibu, Bapa &Amp; Adik Bongsu Alif Satar Juga Disahkan Positif Covid-19, Mohon Semua Berdoa

Mohon Doa Dari Semua

Menjengah ke Instagram isteri kepada Alif iaitu Shadila Hadid, dia mengucapkan terima kasih terhadap semua doa dan juga kata-kata semangat yang diberikan kepada mereka sekeluarga.

Setakat ini, mereka sekeluarga sudah membuat swab test dan sedang menunggu keputusan. Mereka juga berharap agar semua pihak dapat mendoakan agar keputusan tersebut negatif.

========

Ibu, bapa, Adik & Pembantu Peribadi Alif Satar Turut Positif Covid-19

Ibu, bapa, adik bongsu dan pembantu peribadi Alif Satar turut disahkan positif Covid-19 hari ini selepas penyanyi dan pelakon popular itu disahkan positif wabak itu, semalam.

Pengurus Alif, Adlina Abu Bakar ketika memaklumkan perkara itu berkata, ibu bapa Alif, Nor Hafiza Muhammed, Mohamed Satar Ramli dan adiknya yang dikenali sebagai Jim menjalani ujian saringan, kelmarin. 

Alif kini dirawat dan menjalani kuarantin di sebuah pusat perubatan di Melaka.

Menurut Adlina, isteri Alif, Sha Dila Hadid dan anak-anak mereka iaitu Alisha Anugerah, 5, Ariana Mecca, 3 dan Muhammad ‘Ali, 1, juga sudah menjalani ujian swab hari ini dan sedang menunggu keputusan.

Bagaimanapun, Adlina bersyukur apabila keputusan ujian swab yang diterimanya hari ini negatif selepas melakukan ujian itu kelmarin.

“Alhamdulillah keputusan saya, kumpulan The Locos serta jurutera audio peribadi yang terbabit pada hari pertama separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM 35) negatif. Namun sebagai langkah berjaga-jaga kami akan kekal berada di rumah untuk menjalani proses kuarantin selama 14 hari.

“Saya enggan mengambil sebarang risiko dan berharap rantaian wabak ini dapat diputuskan dengan segera. Saya juga berharap rakan-rakan artis, kru produksi serta mana-mana individu yang mempunyai kontak rapat dengan kami juga terhindar daripada wabak ini,”

– Adlina Abu Bakar

Menurut Adlina, ketika ini Alif memohon doa orang ramai supaya isteri dan anak-anaknya tidak dijangkiti wabak terbabit dan segala urusan dipermudahkan.  

“Terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus mendoakan dan memberi sokongan moral. Alif pesan kepada saya dan berharap semua orang mendoakan agar isteri dan anak-anaknya dijauhkan dari Covid-19 sebab mereka baru saja menjalani ujian saringan pagi tadi. 

“Kita sama-sama doakan semoga kesihatan Alif akan segera pulih. Saya meminta jasa baik semua pihak supaya tidak menyebarkan kebencian atau fitnah ketika Alif sedang berdepan ujian,”

– Adlina Abu Bakar

*Sumber: Harian Metro

Pengurus Alif Satar, Adlina Abu Bakar bersama anggota pemuzik AlifSatarandthelocos yang mengiringi persembahannya ketika mendendangkan lagu I Want You To Love Me pada Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-35 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Jumaat lalu, disahkan negatif COVID-19.

Adlina dan pemuzik AlifSatarandthelocos yang menjalani ujian calitan pada Sabtu lalu menerima berita baik, pagi tadi.

Bagaimanapun, mereka perlu menjalani tempoh kuarantin selama dua minggu di rumah.

“Saya hanya perlu meneruskan kuarantin di rumah. Saya bernasib baik kerana anak tinggal bersama bapanya sejak dua minggu lalu.

“Anggota pemuzik AlifSatarandthelocos yang mengiringi persembahan Alif juga disahkan negatif. Ini termasuklah jurutera bunyi peribadi Alif. Saya harap semua baik-baik sahaja selepas ini,” katanya kepada BH Online.

Adlina berkata, Alif dan pembantu peribadinya yang kini berada di Melaka disahkan positif COVID-19, begitu juga ibu bapa dan adik bongsu, Alif .

“Alif dan pembantu peribadinya sentiasa bersama. Mereka sedang melunaskan baki penggambaran drama Penjara Janji arahan Jinggo.

“Keadaan Alif okay dalam menjalani rawatan dan tempoh kuarantin di sebuah pusat perubatan di Melaka. Cuma, Alif sangat risaukan keadaan isteri dan anak-anaknya. Doakan Alif dan pembantu peribadinya cepat sembuh,” katanya.

Adlina berkata, dia gementar apabila kali pertama membuat ujian calitan.

“Ujian calitan ini tidaklah menakutkan. Selepas ujian calitan selesai, tak ada rasa apa pun.

“Saya cadangkan semua orang pergi melakukan ujian calitan sebagai langkah berjaga-jaga. Prosedur ujian ini dalam masa sekejap sahaja, tak sampai lima minit pun,” katanya.

*Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cik B 2020 | 23

“I’m taken,” Cik B Tayang Kekasih, Ramai Netizen Ucap Tahniah Dapat BF Kacak

Awie | 24

Kerana Covid-19, Konsert Projek Bikin Wilayah 2021 Ditunda, Awie Luah Rasa Kecewa