in ,

Hujan Anjur Listening Party Lagu Terbaru

MARI MERIAHKAN LISTENING PARTY HUJAN

Tak sampai seminggu adakan kenduri kesyukuran di Restoran Rebung, band popular, Hujan bakal adakan pula Party Pra Dengar Album Terbaru. Wah, aktif sungguh Hujan sekarang.

Untuk info pembaca, Hujan mengadakan kenduri kesyukuran sempena kemenangan besar sebagai juara Versus TV9 pada jam 12 tengahari hari Ahad 17 Jun 2012.

Hujan Anjur Listening Party Lagu Terbaru

Selari dengan arus perjalanan seni yang berkembang dan berevolusi, kini HUJAN tampil dengan sebuah album baru yang sangat berbeza daripada album mereka sebelum ini.

Sebagai sebuah kumpulan pemuzik indie yang paling berpengaruh di Malaysia merangkap JUARA bagi program Versus TV9 yang menghimpunkan artis dan band ternama industri tanahair, HUJAN sentiasa memberi kelainan dalam berkarya.

Jika sebelum ini LONELY SOLDIER BOY merupakan sebuah album yang menampilkan lagu-lagu berunsur rock dan balada, SANG ENEMY secara keseluruhannya memuatkan lagu-lagu rock yang agak ‘berat’ daripada kebiasaan, menjanjikan sesuatu yang berbeza, khusus buat peminat muzik tanah air!

Dalam usaha mempromosi album baru HUJAN, hasil kerjasama antara Warner Music Malaysia dengan HOT FM, TV9, PUBLIKA juga MORNING ROCKET, sebuah majlis diadakan khas bagi memperdengarkan lagu-lagu daripada album ini dianjurkan di Black Box, [email protected], Solaris Dutamas pada 21 Jun 2012, hari Khamis jam 8 malam.

Dengan diberi nama LISTENING PARTY HUJAN, majlis ini akan dihadiri oleh para media dan para peminat bertuah yang terpilih.

Walau bagaimanapun, anda masih boleh turut memeriahkan majlis ini dengan membeli CD SANG ENEMY yang akan dijual di lokasi majlis. Gerai menjual CD ini akan dibuka mulai jam 7 petang.

Kepada semua pembaca budiey.com yang meminati Hujan, anda juga dijemput untuk ke sana.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Kereta Milik Persatuan Seniman Kena Pecah

Siri Jelajah MasterChef Selebriti Astro