in

Hotlink & Astro Bawa Episod Eksklusif MeleTOP & Hlive ke IGTV & FB Live

Hotlink dan Astro membawa episod eksklusif MeleTOP dan Hlive ke IGTV dan Facebook Live

• Episod-episod eksklusif ini akan disiarkan di akaun IGTV Hotlink serta Facebook Live Astro Gempak & Hotlink sejurus selepas siaran di TV

• Kerjasama dengan Astro menandakan kali pertama kandungan yang dihasilkan oleh Malaysia akan dipaparkan di IGTV

• Pelanggan boleh menikmati pengalaman menonton terbaik di rangkaian 4G No. 1

Budiey nak ucapkan tahniah buat pelawak Nabil Ahmad yg berjaya meyakin pengundi utk menjulang dua anugerah iaitu Couple Meletop iaitu gandingannya bersama isteri, Nazirah dan Penyampai Baru Radio Meletop di Era FM. #Meletop #anugerahmeletopera @ziranabil

Hotlink telah bekerjasama dengan Astro untuk membawa pelanggan episod eksklusif bagi rancangan popular MeleTOP dan Hlive di Instagram TV (IGTV) dan Facebook Live.

Mulai 17 Julai, penonton boleh menyaksikan tiga episod lanjutan bagi MeleTOP dan Hlive di akaun IGTV Hotlink serta Facebook Live menerusi laman Facebook Astro Gempak & Hotlink, sejurus selepas penyiaran kedua-dua rancangan tersebut di Astro RIA. Ini juga menandakan kali pertama kandungan yang dihasilkan oleh Malaysia akan dipaparkan di IGTV.

“Dengan peningkatan penggunaan video melalui telefon mudah alih, ia jelas bahawa para pelanggan menikmati kandungan yang menarik di platform popular seperti Instagram dan Facebook. Melalui kerjasama kami dengan Astro, kami telah membawa cara baharu dan inovatif untuk menonton kandungan video, terutamanya di IGTV. Dan dengan rangkaian 4G No. 1 di Malaysia, penonton boleh menikmati pengalaman menonton yang terbaik dengan Hotlink,” kata Navin Manian, Ketua Prabayar Maxis.

MeleTOP dan Hlive, yang menampilkan berita hiburan terkini, adalah dua program terbitan Astro yang paling popular, menarik berjuta-juta penonton setiap minggu. MeleTOP disiarkan setiap Selasa pada jam 9 malam manakala Hlive disiarkan setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam, kedua-duanya di rangkaian 123 HD dan rangkaian 104 SD.

Untuk menonton episod eksklusif MeleTOP dan Hlive di IGTV, anda boleh mengikuti Astro (@Astrogempak) dan Hotlink (@Hotlink). Anda juga boleh melawat laman Facebook Astro Gempak di www.facebook.com/PortalAstroGempak dan Facebook Hotlink di www.facebook.com/hotlink.

Untuk maklumat lanjut mengenai Hotlink, lawati www.hotlink.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dituduh Cuba Tiru Gaya Haqiem Rusli, Ini Jawapan ISMISHAM

A.Aida Dilamar Pelakon Wan Ariff, Bakal Nikah Tak Lama Lagi