in , , ,

Jualan Sehari Terbesar 11.11 Melalui Aplikasi Maxis

Pelanggan Maxis dan Hotlink boleh nikmati Jualan Sehari Terbesar 11.11 melalui aplikasi Maxis. Pengguna dapat melayari laman web khusus secara langsung dari aplikasi Maxis, Hotlink, dan Hotlink Postpaid mereka

Maxis telah bekerjasama dengan Lazada Malaysia (Lazada) untuk membina laman web khusus untuk penjualan 11.11 yang dinanti-nantikan bagi memberikan pelanggan sebuah pengalaman yang tidak dapat ditandingi. Pengguna Maxis dan Hotlink akan menjadi satu-satunya pelanggan telko di Malaysia yang dapat merebut tawaran membeli-belah Lazada secara langsung dari aplikasi Maxis, Hotlink, dan Hotlink Postpaid mereka.

“Penjualan 11.11 menjadi salah satu acara membeli-belah dalam talian yang paling dinanti-nantikan tahun ini, dan kami amat teruja untuk menjadi sebahagian daripadanya untuk memberi penghargaan kepada pelanggan kami dengan nilai terbaik.

Aplikasi kami terus menjadi platform menarik yang hebat, jadi perkongsian kami dengan Lazada akan menyediakan pengalaman membeli-belah yang unik dan diperibadikan kepada pengguna kami,”

– Navin Manian, Ketua Pengguna Hotlink, Maxis

“Kami dengan sukacitanya memulakan kerjasama ini dengan Maxis dan Hotlink sebagai platform e-dagang pilihan mereka.

Menjelang Penjualan Sehari Terbesar 11.11, kami ingin menawarkan pengalaman membeli-belah yang memuaskan kepada pelanggan, bersama dengan produk-produk pilihan untuk mereka. Kami menantikan festival membeli-belah yang menarik,”

– Leo Chow, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia

Berikut perlu dilakukan oleh pelanggan di aplikasi Maxis atau Hotlink untuk pengalaman membeli-belah yang hebat:

Lazada 11.11 Promo - Image For Press Release Maxis
Lazada 11.11 Promo - Image For Press Release Hotlink

Tawaran 11.11 menarik dari Maxis dan Lazada

Selain membeli-belah di Lazada secara langsung melalui aplikasi Maxis dan Hotlink mereka, pelanggan prabayar Hotlink juga akan menikmati tawaran 11.11 HotlinkMU Internet khas dengan lebih banyak ganjaran dan nilai. Semua pembeli termasuk pengguna bukan Maxis dan Hotlink juga boleh membeli telefon pintar terkini tanpa kontrak dengan diskaun sehingga RM890, atau memilih potongan 30% dari pelan Prabayar, Pascabayar & Jalur Lebar dengan penghantaran percuma melalui Kedai Maxis di Lazada Malaysia.

Untuk menikmati jualan satu hari ini, lawati https://www.lazada.com.my/shop/maxis-broadband

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Joe Biden | 23

Joe Biden Merayu Rakyat AS Memakai Pelitup Muka Untuk Cegah Covid-19

Amir | 24

HBO’S HIS DARK MATERIALS RETURNS 17 NOVEMBER ON HBO GO & HBO