in , ,

Maxis Perkenal Hotlink Postpaid & Fibre, Kelajuan Internet Pantas Sehingga 800Mbps

Pelanggan kini dapat menggabungkan Hotlink Postpaid 60 dengan Maxis Home Fiber untuk menikmati 2x lebih banyak data, serta peranti dengan harga RM1. Sebagai penyedia penyelesaian konvergen di Malaysia, Maxis menawarkan pengalaman menyeluruh dan bermanfaat kepada pelanggan untuk Terus Menerajui.

Rakyat di seluruh negara kini semakin terhubung berbanding sebelumnya, dan mereka terus mencari perkhidmatan digital yang lengkap dan tergabung untuk digunakan di rumah dan di mana sahaja. Sejajar dengan itu, Maxis telah melancarkan pelan Hotlink Postpaid dan Fibre baru untuk memberikan pengalaman lebih menyeluruh dan bermanfaat kepada pelanggan.

“Sebagai penyedia penyelesaian konvergen di Malaysia, tugas kami di Maxis adalah untuk mencipta penawaran inovatif dan berbeza dengan kemampuan dan aksesibiliti yang lebih meluas, terutamanya pada masa yang mencabar ini. Hotlink Postpaid dan Fibre kami adalah penyelesaian yang sesuai untuk anak muda Malaysia dan pelanggan yang ingin memaanfaatkan gaya hidup digital yang semakin meningkat. Kami memahami aspirasi mereka untuk bersedia untuk masa depan dan mahu mendorong mereka untuk Terus Menerajui dalam dunia yang semakin berubah,” kata Arjun Varma, Ketua Pengguna Maxis. 

Hotlink Postpaid & Fibre (BM)

Dengan tawaran baru ini, pelanggan baru dan sedia ada Hotlink Postpaid 60 kini mempunyai pilihan untuk menggabungkan pelan mudah alih mereka dengan Maxis Home Fibre yang memberikan mereka 2x lebih banyak data dengan data 30GB sepanjang hari dan data YouTube 30GB, dengan menambah mana-mana pelan Maxis Fibre dari RM89 sebulan. Ini menjadikan kesalinghubungan berkelajuan tinggi lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia sama ada di rumah atau di mana sahaja. 

Hotlink Postpaid dan Fibre juga menawarkan kelajuan internet yang pantas sehingga 800Mbps. Pelanggan yang tinggal di kawasan tanpa liputan fibre boleh memilih untuk melanggan Maxis Home 4G WiFi sebagai gantinya.

Hotlink Postpaid & Fibre Table (BM)

Pelanggan juga berpeluang membeli peranti mudah alih terkini dengan hanya RM1 atau mendapatkan peranti rumah yang menarik seperti Tablet Lenovo, Samsung Smart TV atau Samsung Monitor, dengan Home Zerolution dari RM1 sebulan. Pelanggan juga boleh mendapatkan Panggilan & SMS Tanpa Had ke semua rangkaian dan menikmati Rangkaian No. 1 untuk bekerja, belajar atau berhibur.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Hotlink Postpaid dan Fibre, sila layari https://www.hotlink.com.my/ms/plan/hotlink-postpaid-fibre/ 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fattah Amin Mahu Hamba Jadi Penawar Tatkala Pandemik

PU Riz Mengakui Ada Dapat Tawaran Untuk Misi Bantuan Ke Gaza Bersama Ebit Lew