in ,

Sebanyak 350 Pek Korban Diagihkan Untuk Mangsa Banjir di Baling, Kedah

Sebanyak 350 Pek Korban Sedia Dimakan Telah Berjaya Diagihkan pada Mangsa Banjir di Baling, Kedah

MyFundAction Perak mengambil inisiatif untuk membantu meringankan beban mangsa banjir di Baling, Kedah dan hasilnya sukarelawan Youth Of Strength and Happiness (YOSH) MyFundAction telah berjaya mengagihkan sebanyak 350 pek korban sedia dimakan. 

Kita sedia maklum bahawa mereka ini sukar mengakses bekalan makanan yang mencukupi akibat daripada kejadian yang melanda rumah mereka. Jadi, ini merupakan salah satu usaha untuk kita membantu mengisi perut kosong mereka. Runtun hati kami tatkala melihat anak-anak mangsa banjir ini menjamah makanan dengan begitu berselera. 

Inovasi daging korban kepada pek telah siap dimasak membantu proses agihan dijalankan lebih pantas, cepat dan bersih. Pek korban ini dibungkus di dalam pek kecil dengan menggunakan teknologi pembungkusan retort daripada Jerman agar pek korban yang telah siap dimasak ini dapat bertahan dalam tempoh dua tahun. Satu bahagian korban dapat menghasilkan 50 pek daging korban yang sedia untuk dimakan. 

Mereka tidak perlu masak dan pek korban tersebut boleh terus dimakan. Hal ini memudahkan mereka di kala semua barang memasak mereka sudah ditenggelami air. 

Pilu hati melihat dari jauh, pada waktu diuji rumah banjir, ada seorang ibu bersama anaknya yang sekarang sedang sarat mengandung terpaksa memanjat bumbung untuk menyelamatkan diri kerana air sudah sampai ke paras bumbung dan airnya sangat deras. Kami memahami situasi yang dialami oleh mangsa bencana alam dalam mendapatkan makanan yang bersih dan sihat. 

Inilah antara situasi yang kerap kami lihat sepanjang pengalaman kami menyertai misi kemanusiaan ini. Kami memahami situasi yang dialami oleh mangsa bencana alam terutamanya dalam mendapatkan makanan yang bersih dan sihat mujurlah ada pek korban yang sedia dimakan. 

“Masa banjir naik kira-kira dalam pukul 7 malam waktu itu kami dekat masjid tengah mengalunkan bacaan al-mathurat, bila kami dengar sahaja air naik kami terus bergegas mengawal budak-budak yang lain daripada keluar dari masjid. Kami bersedia untuk hulurkan apa-apa bantuan yang diperlukan.” kata salah seorang adik mangsa banjir. (https://www.instagram.com/reel/CfseDmGrMuH/?igshid=YmMyMTA2M2Y=) 

“Tabah dalam setiap ujian dan berdoa pada Allah, Allah bagi ujian ini bersebab. Allah tidak akan bagi ujian kepada hamba dia kalau hamba dia tak mampu nak lalui setiap ujian ini.” Luah 

salah seorang mangsa banjir tadi. Kita dapat lihat walaupun mereka diuji dengan bencana alam ini tetapi mereka tetap semangat menghulurkan bantuan pada mereka yang memerlukan. 

Kita sebagai umat Islam dan sesama manusia perlulah tolong-menolong antara satu sama lain. Jadi, ibadah korban yang akan disambut tidak lama lagi adalah salah satu cara kita berkongsi kebahagiaan, rezeki, dan meringankan sedikit beban saudara kita yang memerlukan akibat bencana ini. 

Menurut hadits dari Anas Bin Malik RA, Nabi Sallallahu alaihi wasallam bersabda: 

“Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.” 

(HR. Bukhari No 13) 

Sesiapa yang berminat untuk bersama-sama meringankan beban mangsa banjir ini boleh melakukan pemindahan ke akaun bank Maybank Yayasan Kebajikan Muslim Malaysia (MyFundAction) Cawangan Utara 550510970367. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hot FM, Buletin FM & Molek FM Hantar Pendengar Balik Beraya Sempena Aidiladha

Ulasan & Pendapat Penonton Tentang Fenomena Filem MAT KILAU