in ,

“Hidup Ini Bukan Untuk Bersedih,” – Fariz Jabba

Fariz Jabba, 23, memulakan kerjaya seni dengan memuat naik video pendek ‘rap’ dan ‘remix’ yang kemudiannya menjadi tular di media sosial.

Secara tidak langsung nama jejaka dari Singapura itu menjadi trending di negaranya dan Malaysia selepas beberapa bulan video pertamanya dimuat naik. Rezeki terus memihak kepadanya apabila Fariz mendapat peluang muncul dalam siri Youtube Joe Flizzow iaitu 16 Baris, menggabungkan genre hip hop dan R&B arus lama dana baru, lantas berjaya mengetengahkan kekuatan dan keistimewaan Fariz. 

Dengan lagu hits yang berjudul Masa dan Ape Sia sehingga berjaya meraih sejuta view di Youtube, Fariz adalah bakat baru yang bakal menarik perhatian ramai.

Fariz Jabba

Fariz yang kini berada di bawah label Def Jam South East Asia sekarang berada di negara untuk melakukan persembahan di #RapStarEra dan semalam telah mengadakan sesi bersama media di Universal Music Malaysia.

Mengenali rapat sisi peribadi lelaki itu, katanya dia mula berjinak-jinak dalam bidang muzik pada usia 17 tahun.

“Saya buat lagu, tulis lirik dan hasilkan video sendiri lalu dimuatnaik dalam Youtube dan Instagram (IG) saya.

“Joe Flizzow ternampak video itu dan dia muat naik pula dalam Youtube 16 Baris dan selepas itu saya diundang membuat persembahan di Malaysia.

“Saya dapat rasakan audiens tertunggu-tunggu bila saya nak keluarkan lagu lalu terakamlah lagu Ape Sia, diikuti lagu Masa,”

– Fariz Jabba

Kata Fariz, lirik lagu Ape Sia adalah kisah dirinya yang ditimpa kesusahan, tidak berduit dan terpaksa alas perut dengan mi segera sebelum berjaya seperti hari ini.

“Waktu itu hidup saya sangat susah tetapi saya tidak menjadikan cabaran hidup itu dengan menghasilkan lagu dan lirik sedih, hiba, mendayu, meruntun perasaan dan minta simpati orang.

“Hidup ini bukan untuk bersedih. Saya takkan bersedih dan merintih sebaliknya saya berusaha untuk gembira, selalu bersama keluarga dan rakan-rakan kerana merekalah sumber kekuatan saya. Pergi taman tengok bunga dan lihat alam sekeliling, kita kena sayangkan diri sendiri. 

“Dengan kejayaan sekarang, setiap hari saya berdoa dan bersyukur  kepada Allah SWT, tidak pernah lupakan keluarga terutama ibu dan rakan-rakan yang menyokong saya sejak dulu.

Tanpa ibu, tiadalah saya. Keyakinan untuk buat lagu serta menjadi artis adalah dorongan daripada beliau,”

– Fariz Jabba

Rancangan Fariz seterusnya, untuk merakamkan lagu baru. Jelasnya, dia bercadang keluarkan lagu baru enam bulan sekali kerana dia cepat jemu.

“Saya perlu hasilkan lagu-lagu baru dengan pelbagai genre tidak hanya ‘terperangkap’ dengan hip hop dan R&B saja. Saya akan meluaskan muzik saya dalam irama balada, tekno, dalam bahasa Cina dan Tamil selain Bahasa Melayu dan Inggeris.

“Peminat yang mengikuti saya sejak awal, itulah ‘Fariz’, anda takkan tahu saya akan buat apa dan misteri. Saya suka artis di luar negara, Amerika Syarikat misalnya, ada yang jarang sekali ‘mempromosikan’ diri mereka di laman sosial kerana mereka mahu menangkap peminat yang ‘betul’ dan menyokong mereka dari awal lagi.

“Jika anda perhatikan stail baju saya juga berubah-ubah. Penampilan saya dalam Ape Sia, Masa dan IG, semua lain sebab saya suka tukar-tukar. Saya bukan hanya rapper, tetapi saya adalah artis dan penghibur. Kalau anda sukakan ‘seni’, ikutlah saya,”

– Fariz Jabba

Menyorot lebih jauh perjalanan seninya, Fariz sedia berkolaborasi dengan mana-mana artis asalkan ada chemistry.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fazley 2020 | 13

Sajian Merentasi Zaman Imbau Nostalgia Garapan ilham Cef Dato’ Fazley Yaakob

Ramli Sarip | 14

Istimewa Lejen REUNION ROCK Menampilkan Tiga Figura Rock