in , , ,

Istimewa Lejen REUNION ROCK Menampilkan Tiga Figura Rock

Tiga figura hebat ini tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri muzik tanah air. Bakat dan kemampuan masing-masing menyerlah dalam bidang muzik terutama dalam aliran muzik rock yang dianggap sebagai ‘makanan’ mereka.

Khas buat penonton salurannya, Ahad ini pada 8 Mac 2020, pukul 9.00 malam, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengimbas kembali perjalanan dalam industri tiga nama besar dalam bidang seni menerusi program diberi tajuk ‘Istimewa Lejen’ di TV1. 

Dengan tema Reunion Rock, program hiburan ini pastinya dinanti-nantikan apatahlagi kerana menampilkan otai lejen Datuk Ramli Sarip, Ella dan Usop Kopratasa. 

poster Reunion Rock

Lagu-lagu yang pastinya mengimbau kenangan anda semua ini pastinya membuatkan penonton teruja dan tidak sabar meluangkan masa menyaksikan program terbitan Unit Hiburan TV RTM ini. Lagu disenaraikan Selapis Kasih Sedulang Reindu, Tinggal Tanda Tanya dan banyak lagi.

Program dirakamkan pada Oktober tahun lalu di Studio Pentas & Bunyi, Finas, Petaling Jaya ini menampilkan pengacara Aril Pilus dan iringan Saka Band.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Hidup Ini Bukan Untuk Bersedih,” – Fariz Jabba

Sinopsis Filem ROCK 4: ROCKERS NEVER DAI