in , , ,

Sajian Merentasi Zaman Imbau Nostalgia Garapan ilham Cef Dato’ Fazley Yaakob

FOUR SEASONS HOTEL KUALA LUMPUR mempersembahkan imbasan himpunan juadah melangkau generasi ke generasi. Terhidang variasi sajian warisan terdahulu sehingga citarasa menu ke hari ini, Sajian Merentasi Zaman sebagai jalinan bersama cinta seisi keluarga.

Sempena bulan mulia yang bakal berkunjung nanti, mari kita bersama seluruh famili ke Four Seasons Hotel Kuala Lumpur untuk menikmati hidangan enak buka puasa sambil mengimbau nostalgia garapan ilham cef selebriti terkenal, Dato’ Fazley Yaakob, 41, bermula 24 April ini sehingga 23 Mei 2020.

Mengangkat tema Sajian Merentasi Zaman (didefinisi kepelbagaian hidangan melewati beberapa generasi), deretan menu ini adalah kegemaran Fazley sendiri sedari kecil hingga sekarang di samping menjadikan konsep ini sebagai waktu perkumpulan bagi mengerat hubungan sesama keluarga tersayang.

Sajian Merentasi Zaman Imbau Nostalgia Garapan ilham Cef Dato' Fazley Yaakob
Gambar kredit: @theshahrulizzat @ainfayafaya

Kepelbagaian kulinari Sajian Merentasi Zaman ini juga ditafsirkan bakal mengimbau semula momen terdahulu kita termasuklah bertujuan memberi pendedahan kepada generasi baru bagi mengenali dengan lebih akrab makanan tradisional supaya ia tidak terus lapuk ditelan zaman.

Sementara itu, Pengurus Hotel Four Seasons, Vinod Narayan menganggap Sajian Merentasi Zaman sebagai merai kebersamaan di antara keluarga apabila dapat makan beramai-ramai dan setiap daripadanya berkongsi kisah menu yang terhidang ini barangkali pernah menjadi kegemaran mereka suatu ketika dahulu.

Sajian Merentasi Zaman Imbau Nostalgia Garapan ilham Cef Dato' Fazley Yaakob
Gambar kredit: @theshahrulizzat @ainfayafaya

“Dalam dunia moden ini yang serba serbinya menyaksikan setiap orang sibuk bekerja tanpa mengira waktu tambahan pula terkejar sana-sini, kami amat memahami apabila kita selalu cuba hendak mencuri waktu berkualiti bagi dihabiskan bersama insan tersayang. Ini yang dianggap lebih mahal nilainya.

“Justeru, sudah menjadi tanggungjawab kami untuk mengeratkan semula kebersamaan ini menerusi pelbagai hidangan bermakna selain berkongsi servis terbaik hotel kami buat para pelanggan,”

– Vinod Narayan

Mencipta kelainan berbanding tahun lalu, kali ini Fazley memunculkan hidangan signatur sempena Sajian Merentasi Zaman iaitu Nasi Nyiru Nostalgia (merupakan menu dulang beralaskan nyiru) sekali gus menjadi pertama kali di Malaysia juga eksklusif di Four Seasons Hotel Kuala Lumpur.

Bayangkan, terdapat lapan jenis lauk dari Negeri Sembilan, Kelantan, Kedah, Perak, Johor dan Pahang dihimpunkan bersama di atas satu nyiru. Ia pasti bakal menerbitkan keterujaan dan pengalaman terbaharu buat pengunjung kelak.

Antara lauk-pauk tersebut adalah Nasi Pandan Tumis & Nasi Tumpang, Ayam Bakar Pasu bersama Sambal Percik Putih serta Sambal Gesek, Puyuh Salai & Kulit Mangga Muda Bakar Lemak Cili Api, Rendang Daging Cili Padi, Urap Daun Kaduk & Telur Masin, Lontong Darat, Sambal Hijau Jering Ketuk & Ikan Bilis Garing dan Sate Padang.

Sebagai sosok utama pencetus idea Sajian Merentasi Zaman, Fazley yang merupakan anak jati Negeri Sembilan ini mengaku sengaja menyorot ke belakang variasi momen manis tentang makanan kesukaan bermula zaman kanak-kanak sehingga sekarang yang pasti turut dilalui individu lain seusia diri.

“Saya menganggap masakan sebagai salah satu medium mengekspresikan cinta dari satu generasi ke generasi lain agar ia tidak dilupa zaman. Nenek saya adalah individu signifikan dalam menyatukan kekeluargaan kami melalui hasil masakannya.

“Lantaran itu, saya percaya tiada lain dapat mengeratkan kita sebagai rakyat Malaysia salah satunya dengan perkongsian kulinari warisan. Sejujurnya, saya bersyukur apabila kerjaya sebagai tukang masak ini mampu menebarkan perasaan kasih-sayang sekali gus kebersamaan di antara satu sama lain,”

– Dato’ Fazley Yaakob

Sebuah stesen istimewa; Live Lemak Cili Api Corner (menghidang ketam, udang, daging, ayam dan cendawan kukur disalai) disediakan di mana Fazley sendiri yang memasak dengan Lemak Cili Api bersama beberapa sambal pilihan seperti Sambal Hijau, Sambal Minang, Sambal Kicap Hitam dan Sambal Gesek Mangga Muda.

Pemanis mulut yang hampir ditelan waktu seperti Kuih Sopang, Kelamai, Apam Johol, Penjan Ubi, Sira Labu, Puteri Mandi dan Ubi/Pisang Rebus bersama Sambal Tumis juga akan dihidangkan sempena Sajian Merentasi Zaman.

Minuman unik dari Kuala Pilah iaitu Air Janda Pulang pasti memikat hati pengunjung serta disediakan Teh Tarik Float (Zerogula) yang bukan seperti teh tarik kebiasaan kerana ia masih manis dan berlemak namun tanpa gula.

Selain itu, Fazley turut menyediakan menu sahur di Four Seasons Hotel Kuala Lumpur pada tahun ini antaranya adalah Nasi Pandan Daging Salai Masak Lemak, Soto Padang Ayam Berempah dan Bubur Podeh Tradisi.

Sajian Merentasi Zaman berlokasi di lantai 6B, Curate dalam ambiens yang cukup selesa dan menenangkan. Pada waktu sama, tersedia sebuah gerai khas, Childhood Malaysia yang menjual pelbagai snek, mainan, air dan lain-lain pernah popular pada suatu ketika dahulu.

Sajian Merentasi Zaman Imbau Nostalgia Garapan ilham Cef Dato' Fazley Yaakob
Gambar kredit: @theshahrulizzat @ainfayafaya

Ekstra menarik, pengunjung bakal membawa pulang sebotol sambal sebagai ole-ole yang dibuat oleh Fazley sempena gestur apresiasi terhadap kolaborasi beliau bersama hotel ini yang sudah memasuki tahun kedua.

Tidak hanya itu, Cef Eksekutif Four Seasons Hotel Kuala Lumpur, Junious Dickerson turut menyediakan menu hasil air tangannya seperti kebiasaan.

Sajian Merentasi Zaman bakal bermula pada 24 April ini sehingga 23 Mei 2020 di Curate. Jangan lupa untuk berhubung dengan kami menerusi aplikasi Four Seasons atau melalui WhatsApp di +60-323828888 bagi menempah meja anda.

Harga:
• 24-30 April 2020: MYR189 setiap dewasa, MYR94.50 setiap kanak-kanak (umur 6-12)
• 1-23 Mei 2020: MYR218 setiap dewasa, MYR109 setiap kanak-kanak (umur 6-12)

Sajian Merentasi Zaman Imbau Nostalgia Garapan ilham Cef Dato' Fazley Yaakob
Gambar kredit: @theshahrulizzat @ainfayafaya
Sajian Merentasi Zaman Imbau Nostalgia Garapan ilham Cef Dato' Fazley Yaakob
Gambar kredit: @theshahrulizzat @ainfayafaya
Sajian Merentasi Zaman Imbau Nostalgia Garapan ilham Cef Dato' Fazley Yaakob
Gambar kredit: @theshahrulizzat @ainfayafaya
Sajian Merentasi Zaman Imbau Nostalgia Garapan ilham Cef Dato' Fazley Yaakob
Gambar kredit: @theshahrulizzat @ainfayafaya

About Four Seasons Hotel Kuala Lumpur
As the world’s leading operator of luxury hotels, Four Seasons Hotels and Resorts currently manages 117 properties in 47 countries.  Open since 2018, Four Seasons Hotel Kuala Lumpur provides a preferred address for both business and leisure travelers, and the highly personalized, anticipatory service that Four Seasons guests expect and value around the world.  Recent awards and honors include Condé Nast Traveler 2019 Readers’ Choice Awards as the #1 hotel in Malaysia and Ketel One Sustainable Bar Award by Asia’s 50 Best Bar Awards. For more information on Four Seasons Hotel Kuala Lumpur, visit press.fourseasons.com/kualalumpur or check us out on www.facebook.com/FourSeasonsHotelKualaLumpur

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lirik Lagu Semalam – Aina Abdul

“Hidup Ini Bukan Untuk Bersedih,” – Fariz Jabba