in , , ,

Abubakarxli & Fariz Jabba Tunjukkan Kesetiaan kepada KRU

Semangat penyanyi muda yang dibesarkan di Ipoh, Abubakarxli berkobar-kobar untuk meraih kejayaan dengan single terbarunya ‘KRU’ yang turut menampilkan penyanyi dari Singapura, Fariz Jabba dalam kolaborasi rentas sempadan ini.

Menyusul kejayaan besar lagu ‘NiNiNi’ yang dilancarkan pada awal tahun ini, Abu berhubung kembali dengan produser yang pernah memenangi anugerah, SonaOne untuk menghasilkan vibe yang lebih lembut dalam single terbarunya, ‘KRU’. Dengan melodi yang mengasyikkan, disertai dengan lirik yang bertemakan persahabatan dan kesetiaan, ‘KRU’ sebenarnya adalah lagu yang sesuai dinyanyikan ketika anda sedang berkumpul dan bersantai dengan kru anda.

kru-cover-art-FINAL

“Ikut saja cara sendiri,
Aku buat apa saja dengan crew”

Sentiasa jujur pada dirinya sepanjang mengharungi pahit manis perjalanan muziknya, Abu menjelaskan bagaimana setiap orang dalam krunya mempunyai gaya peribadi mereka tersendiri, tetapi tetap bergerak bersama sebagai satu unit.

“Riding for my team hidup mati takkan berhenti sampai jadi,”

Fariz Jabba menyatakan kesetiaan kepada homies dan bagaimana dia tidak akan berhenti berusaha sehingga dia mencapai kejayaan. Dia juga dengan bijak memasukkan kata-kata ‘Sampai Jadi’, merujuk kepada lagu 2018 oleh rakan-rakannya di Def Jam Asia Tenggara, Joe Flizzow dan ALYPH.

Keperibadian dan kepelbagaian Abu jelas kelihatan ketika dia melakukan peralihan antara genre dengan lancar namun masih mengekalkan tahap lirik yang unik secara langsung menaikkan namanya dalam kancah hip-hop Malaysia yang semakin berkembang pesat.

“Apabila kita jatuh atau bangun, semuanya mengikut cara kita sendiri. Bukan orang lain. Jangan biarkan sesiapa memberitahu kita bagaimana untuk menjalani hidup kita. Teruskan hidup dengan cara kita sendiri.”

– Abubakarxli
Abubakarxli Press 3

Fariz juga menyatakan bagaimana dia mengagumi semangat dan cinta Abu terhadap karya seninya di samping masih menjaga orang di sekelilingnya.

“Saya anggap Abu sebagai rakan saya. Saya masih ingat lagi ketika saya di Malaysia untuk rakaman lagu ‘KRU’, Abu mengajak saya untuk makan malam.

Semasa kami sedang makan dan berbual, saya buat kesimpulan bahawa Abu adalah seorang yang setia kepada rakan-rakannya.

Dia memegang prinsip susah atau senang harus bersama.”

– Abubakarxli

Diberi kedudukan yang sama dengan NiNiNi, muzik video yang diarahkan oleh Adriana Tunku dari Denhouse Productions merentas masa untuk memberi penonton sekilas pandang waktu muda dan ceria Abu.

Dengan rakaman Abu dan rakan-rakannya bersiar-siar sambil bersikap nakal yang dirancang dengan teliti di seluruh bandaraya, Adriana merangkumi tema kesetiaan dan persahabatan dengan sempurna sepanjang pengalaman sinematik selama empat minit itu.

Oleh itu, ajaklah keluarga, rakan dan seluruh kru anda, kerana sudah tiba waktunya untuk berhibur dan mendengar KRU, single terbaru dari Abubakarxli dan Fariz Jabba, peneraju untuk gelombang hip-hop Asia yang baru dan menarik ini.

Abubakarxli Press 7
Abubakarxli Press 6

TENTANG ABUBAKARXLI

Abubakarxli mula dikenali dalam dunia hip hop seperti penyanyi-penyanyi rap lain yang celik-internet dan muncul selepas 2010 – dengan caranya sendiri melalui YouTube, media social dan sebuah identity unik yang ada pada dirinya.  Di usia 23 tahun berbekalkan caranya yang suka melakukan segala-galanya sendiri telah menyaksikan pelancaran himpunan karya-karya terdahulunya di bawah Perintah Records miliknya sendiri, dan video muzik yang menggambarkan imaginasi demographic rakyat Malaysia yang jarang dikaitkan dengan hip hop, iaitu sub-budaya rempit.  Beserta kisah tema-Wilayahnya, ciri-ciri anak tempatan inilah yang membawanya ke Def Jam Asia Tenggara dan tidak lama lagi dengan sokongan syarikat rakaman akan mendorongnya menjadi bintang serantau yang tersohor.

Ikuti: Instagram Facebook / Twitter

TENTANG FARIZ JABBA

Fariz Jabba merupakan penyanyi rap muda berusia 23 tahun yang berasal dari Singapura. Keistimewaan beliau adalah menyanyikan lagu rap dengan menggabungkan elemen budaya pop Melayu dan Barat lantas menjadikannya unik di seluruh AsiaTenggara.Fariz Jabba telah memulakan  kerjaya  beliau  dengan  memuat  naik  video  menyanyikan  rap gaya  bebas dan beberapa  remix  yang menjadi  tular  di  media  sosial,  nama  Fariz  Jabba kemudiannya mendapat perhatian di Singapura dan Malaysia hanya dalam masa beberapa bulan.  Kemudian beliau mendapat tempat dalam siri YouTube bintang hip hop berpengaruh, Joe Flizzow –16 Baris, persembahan pengenalan tersebut yang melonjakkan nama beliau dengan tontonan melebihi 400,000 hanya dalam masa 3 bulan sahaja. Beliau juga dilamar oleh label hip hop terkenal Def Jam Asia Tenggara pada September 2019.

Ikuti: Instagram Facebook / Twitter

TENTANG DEF JAM RECORDINGS ASIA TENGGARA

Def Jam telah tiba di Asia Tenggara secara rasmi. Sedangkan hip hop telah wujud di Asia Tenggara sejak beberapa dekad, dan mengubah alur budaya bersesuaian dengan konteks tempatan, dan syarikat rakaman gah ini hanyalah pemacu dan pembimbing yang diperlukan untuk membawa budaya ini ke aras yang lebih tinggi. Hip Hop Asia kini satu fenomena global dan sudah tiba masanya untuk kita turut sama beraksi.

Def Jam Asia Tenggara meliputi Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Singapura, dengan senarai artis seperti Joe Flizzow (MY), SonaOne (MY), Abubakarxli (MY), SYA (MY), Daboyway (TH), Ziggarice (TH), A. Nayaka (ID), Rayi Putra (ID), MukaRakat (ID), Ben Utomo (ID), VVS Collective (PH), Seachains (VN), Right (VN), Obito (VN), ABANGSAPAU (SG), ALYPH (SG), Yung Raja (SG), dan Fariz Jabba (SG).

Ikuti: Instagram Facebook / Twitter

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini beliau aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Petisyen Singkir Ajai Sebagai Juri Big Stage Sebab Kedekut Markah

Cabaran Haiwan Dalam Kehidupan Menerusi Dokumentari “A Year In The Wild – Alaska & Yorkshire”