in

Heliza Helmi Artis Baru Isma, Arlyn & Herman Tino

Pada 3 Ogos 2010 lalu, penyanyi Heliza Helmi telah memperkenalkan artis baru di bawah syarikatnya, Heliza Helmi Production Sdn Bhd (HHP) Isma (AF7), Arlyn dan Herman Tino sekaligus melancarkan single terbaru mereka.

Heliza

Dilancarkan pada Februari 2010 lalu, syarikat Heliza Helmi Production Sdn Bhd adalah sebuah syarikat hiburan yang menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti menerbitkan single, album, pengurusan artis, konsert, penerbitan filem, drama dan sebagainya. Pendek kata, HHP menjanjikan sesuatu yang baru, unik dan berbeza.

Budiey dengar, HHP kini sedang berusaha untuk bekerjasama dengan Dato’ Ahmad Nawab untuk mengadakan konsert tidak lama lagi. HHP juga dalam proses mengambil penyanyi veteran Datuk Khatijah Ibrahim.

Dihoskan oleh Lyn Suria Cinta…

Heliza

Pada majlis memperkenalkan syarikatnya itu Heliza turut melancarkan single terbarunya berjudul, Hello, Isma dengan lagu berjudul Aku Bukan Pilihanmu, Arlyn Hafiz Jiwaku Milikmu dan Herman Tino dengan single bertajuk Amit-Amit Jabang Bayik. Kesemua lagu itu dicipta oleh komposer baru Mohd Altas.

Heliza
Selain menikmati juadah petang, HHP juga telah memberikan hadiah cabutan bertuah yang lumayan kepada yang hadir. Hadiah paling grand, LCD TV, telefon bimbit Blackberry, komputer Acer dan hamper.

Lagu Hello adalah ciptaan seorang komposer baru iaitu Mohd Atlas. Sharon Paul pula telah diberikan tugas untuk mengubah susunan lagu ini dan beliau telah berjaya menambahkan lagi impak lagu ini dengan alunan gesekan violin yang merdu dan diiringi dengan live strings yang begitu mengasyikkan. Heliza juga telah berani mencuba mengubah lagu dan lirik untuk single kedua beliau berjudul Chord G di mana lagu ini diperdengarkan juga di majlis ini.

Heliza
Heliza menyanyi sambil bermain gitar.

Heliza

Heliza yang merupakan Pengarah Urusan HHP, itu memberitahu artis-artis dibawah pengurusannya dipilih mengikut perbincangan yang dibuat secara bersama.

“Buat masa ini saya, Isma, Arlyn dan Herman Tino sahaja yang menjadi di bawah syarikat berkenaan dan mungkin dalam hujung tahun nanti akan berlaku penambahan. Selain itu juga kami mempunyai beberapa orang pemuzik serta seorang komposer khas untuk artis di bawah naungan HHP.”

Isma pula melancarkan lagu terbarunya berjudul Aku Bukan Pilihanmu yang juga merupakan ciptaan Mohd Atlas. Lagu berunsur balada ini ternyata telah mendapat tempat di hati peminat seni tanahair apabila lagu ini sering dimainkan di stesen radio negara. Isma kata dia happy di bawah naungan HHP dan akan berusaha untuk terus berada dalam industri. Dengan ada lagu ini, Isma akan terus memantapkan vokalnya dan lebih menghayati lagu ini dengan kematangan vokalnya.

Heliza

HHP juga memperkenalkan seorang lagi artis terbaru iaitu Arlyn Hafiz, seorang pendatang baru tetapi sebenarnya mempunyai pengalaman luas melakukan persembahan di hotel-hotel di luar negara seperti Filipina, China, Thailand, Jepun dan Kemboja. Kemantapan vokal beliau diyakini dapat memikat hati peminat industri seni tanahair. Arlyn memperkenalkan lagu Jiwaku Milikmu ciptaam Mohd Atlas.

Herman Tino, artis ke-4 di bawah naungan HHP memperkenalkan lagu barunya Amit Amit Jabang Bayik ciptaan komposer sama Mohd Atlas. Lagu ini dikatakan telah mengambil masa berbelas tahun untuk disiapkan. Penyanyi yang terkenal dengan imej kain pelikat ini sebenarnya ada 9 helai kain pelikat yang istimewa. Sepanjang beliau menjadi penyanyi, sudah 7 helai digunakan dan hanya tinggal 2 helai yang masih digunakan.

Dalam pada itu, Heliza dalam proses pengembangkan syarikatnya untuk menerbitkan sebuah filem bersama pengarah terkenal Afdlin Shauki dan Ahmad Idham.

“Kami sedang merancang dan semua masih lagi dalam peringkat perbincangan. HHP akan bekerjasama dengan Afdlin Shauki dan dijangkakan akan memulakan penggambaran selepas Hari Raya nanti. Artis-artis HHP juga akan diberi peluang untuk berlakon dalam filem tersebut,” jelasnya.

Sementara itu, penyanyi berusia 24 tahun ini turut mencuba bakat mengubah lagu dan menulis lirik sendiri sebagai permulaan untuk dia berjinak-jinak sebagai komposer.

“Percubaan pertama saya mengubah dan menulis lirik lagu untuk single terbaru saya berjudul Chord G yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Insyaallah selepas ini saya juga akan menyumbangkan lagu kepada artis-artis dibawah pengurusan kami,” jelasnya.

Mengulas tentang kehidupan peribadi, Heliza mengakui terlalu sibuk dengan kerjaya dan menguruskan syarikatnya sehingga tiada masa untuk memikirkan soal peribadinya.

“Sekarang saya fokus kepada syarikat dan terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk memikirkan soal peribadi. Soal jodoh mungkin bukan masanya lagi.

Heliza

Heliza

Heliza

Heliza

Heliza

Heliza

_DSC0068

Hafiz af7
Turut hadir Hafiz AF7

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isma Tampil Dengan Lagu Aku Bukan Pilihanmu

Program Menarik Suria FM Sepanjang Ramadan 2010