in ,

Tasha Shilla Selamat Bertunang dengan Atiq

Selamat bertunang buat Tasha Shilla

Selepas dua bulan berkenalan, pelakon Tasha Shilla melangsungkan pertunangan bersama pilihan hati, Muhammad Atiq Idris di sebuah premis acara di Damansara, di sini, petang tadi. Pasangan sebaya berusia 33 tahun itu diperkenalkan seorang teman dan dijangka melangsungkan majlis perkahwinan pada akhir bulan ini.

Tasha Shilla Selamat Bertunang

“Perkenalan bermula di sebuah acara amal di Masjid Wilayah. Tanpa diduga berputik rasa sayang dan cinta.

“Tak sangka segala perancangan dipermudahkan. Saya tidak menjangkakan majlis pertunangan akan berlangsung semeriah ini.

“Saya percaya inilah jodoh yang diaturkan Yang Maha Esa,”

– Tasha Shilla

Tasha atau nama sebenarnya, Nastashasheila Abdul Razak berkata, dia rasa tenang dan bahagia ketika berada di sisi Atiq.

“Saya percaya inilah cinta sejati yang dicari-cari selama ini.

“Insya-Allah, kami akan bernikah dalam masa terdekat. Saya akan umumkan nanti,”

– Tasha Shilla
Tasha Shilla Selamat Bertunang

Sementara itu, Atiq yang bekerja dalam bidang kewangan di Singapura mengakui menyenangi sifat Tasha.

“Meskipun luaran Tasha nampak garang, dia sebenarnya baik, lembut, menyayangi keluarga, suka kanak kanak dan menjaga solat.

“Saya tidak akan menghalang Tasha meneruskan kerjaya sebagai pelakon. Cuma, saya berharap dia akan menjaga adab dan solat,”

– Tasha Shilla

Pada majlis pertunangan itu, Atiq menyerahkan cincin, tepak sirih dan beberapa hadiah lain kepada tunangannya itu. Sebelum ini, Atiq menghantar rombongan merisik pada 1 Februari lalu.

What do you think?

64 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sarah Hildebrand

Sengketa dengan Bekas Pengurus Sudah Selesai, Karier Sarah Hildebrand Lebih Mudah Tanpa Pengurus

Hefny Sahad Hos Program FUH BERATUR di TV Okey