in , , ,

Hasrat Timang 13 Orang Anak, Nabil Mahir Balas Kata Kecaman Netizen

Hasrat pengacara Nabil Mahir untuk menimang 13 cahaya mata selepas bernikah dengan pelakon dan penyanyi Ayda Jebat mendapat pelbagai kecaman daripada netizen.

Bagaimanapun, Nabil ketika ditemui berkata, angka itu bukanlah satu sasaran sebaliknya hanya kerana dia menyukai angka 13.

“Angka 13 adalah nombor kegemaran saya. Sebenarnya saya tidak meletakkan sebarang sasaran nak ada 13 anak. Apa yang lebih penting adalah doa orang ramai supaya kami dikurniakan zuriat yang sempurna dan sihat.

“Saya tak kisah pun berapa bilangan anak nanti dan hanya berserah kepada takdir. Saya tidak mempunyai kuasa pun untuk menentukan segalanya,”

– Nabil Mahir
Ayda Jebat Sah Jadi Isteri Kepada Nabil Mahir Dengan Sekali Lafaz

Sementara itu, Ayda berkata, dia sudah lali dengan kecaman warganet dan tidak mengambil hati.

“Terpulang kepada masyarakat untuk cakap apa pun. Saya tak kisah sebab hanya kami saja yang kenal diri kami. Cuma kita doakan semoga apa yang bakal berlaku dalam hidup kita adalah perkara yang baik-baik saja,”

– Nabil Mahir

Semalam, pasangan itu selamat diijab kabulkan di Masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, di sini, jam 3.28 petang.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat dinikahkan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembagunan Keluarga di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (JAWI), Ustaz Rozimi Zamri, dengan disaksikan bapa pihak pengantin lelaki, Datuk Ahmad Mahir Kamarudin dan Wan Jean Basri Wan Othman. 

Pada majlis itu, rombongan pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pengantin perempuan dengan mas kahwin berupa seutas gelang emas. 

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga. 

*Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nafiz Muaz | 23

Dua Kali Kena Tangguh, Pelakon Nafiz Muaz & Diyana Omar Kini Sah Bergelar Suami Isteri

Pu Riz | 24

PU Riz Kini Banyak Kongsi Tentang Penjualan Buku Kaya Jiwa Hasil Karyanya