in , ,

Dua Kali Kena Tangguh, Pelakon Nafiz Muaz & Diyana Omar Kini Sah Bergelar Suami Isteri

Dengan sekali lafaz, pelakon Nafiz Muaz, 22, kini suami kepada ahli perniagaan, Diyana Omar, 29, dalam majlis pernikahan di sebuah hotel terkemuka di sini, jam 11.33 pagi, hari ini.

Selepas dua kali ditunda akibat penularan COVID-19, pelakon Nafiz Muaz, 22, dan wanita pilihan, Diyana Omar, 29, sah bergelar suami isteri, pagi tadi.

Dengan sekali lafaz, Nafiz dan Diyana yang berkenalan sejak tiga tahun lalu, bernikah pada jam 11.33 pagi di hadapan ahli keluarga dan jemputan di sebuah hotel, di sini.

Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Omar Ahmad sambil disaksikan kira-kira 100 tetamu.

Dua Kali Kena Tangguh, Pelakon Nafiz Muaz & Diyana Omar Kini Sah Bergelar Suami Isteri

Jejaka kelahiran Sungai Petani, Kedah yang digilap bakat melalui Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2016, menyerahkan wang hantaran RM30,000, mas kahwin RM1,001 dan lima dulang berbalas tujuh dulang daripada pengantin perempuan.

Nafiz berkata, mereka pada mulanya merancang bernikah, Ogos lalu.

“Ia sepatutnya diadakan Ogos lalu. Namun, disebabkan penularan Covid-19 serta beberapa kekangan lain, kami tunda ke Disember lalu. Disebabkan saya dan isteri tidak mahu berlengah lagi, kami nekad memilih tarikh hari ini sebagai hari bahagia. Walaupun berlangsung dalam suasana norma baharu selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP), kami akur dengan ujian melanda dunia sekarang,”

– Nafiz Muaz

Pasangan ini menggayakan persalinan rekaan Calvin Thoo.

Dua Kali Kena Tangguh, Pelakon Nafiz Muaz & Diyana Omar Kini Sah Bergelar Suami Isteri

Mengenai isterinya, Nafiz selesa dengan wanita pilihan hatinya itu.

“Apa yang lebih penting, dia fahami saya. Kami terbuka dalam banyak perkara. Insya-Allah kami berjanji akan menjalani kehidupan berumahtangga ini dengan penuh tanggungjawab. Semoga Allah mempermudahkan rencana hidup baru kami ini,”

– Nafiz Muaz

Nafiz atau nama penuh, Muhd Nafiz Muaz Mat Nasir memberitahu, majlis resepsi akan diadakan pada 21 Januari depan. Ini disusuli majlis bertandang di Sungai Petani, Kedah, bulan depan.

Mengenai anak, Nafiz dan isteri tidak menolak rezeki jika dikurniakan zuriat dalam tempoh terdekat.

Mengenai bulan madu, mereka belum merancang kerana Nafiz akan memulakan penggambaran sebuah drama, Rabu ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

BMW Shorties Edisi Ke-14 Tampil Secara Digital Buat Pertama Kali

Hasrat Timang 13 Orang Anak, Nabil Mahir Balas Kata Kecaman Netizen