in ,

PU Riz Kini Banyak Kongsi Tentang Penjualan Buku Kaya Jiwa Hasil Karyanya

Sejak kisahnya bersama Neelofa menjadi perbualan ramai, setakat ini PU Riz atau Haris Ismail langsung tidak membuat sebarang kenyataan.

Di media sosialnya sendiri seperti Instagram, PU Riz lebih banyak berkongsi tentang penjualan buku hasil karyanya iaitu Kaya Jiwa.

“Thank you semoga memberi manfaat dalam ketaqwaan dalam kehidupan Inn Sha Allah.

“Thank you & moga meningkatkan manfaar dalam taqwa kepada Allah,” tulisnya yang membalas Insta Story peminat yang telah membeli bukunya itu.

PU Riz Kini Banyak Kongsi Tentang Penjualan Buku Kaya Jiwa Hasil Karyanya
PU Riz Kini Banyak Kongsi Tentang Penjualan Buku Kaya Jiwa Hasil Karyanya

Kaya Jiwa merupakan sebuah naskhah buku yang dipenuhi dengan pesanan untuk menjalani kehidupann seharian serta diselit dengan perjalanan kehidupannya sendiri.

Dalam buku berkenaan juga memamparkan banyaknya kisah dan pengorbanan pada usia muda serta pengalaman yang bersulam keindahan dan kepahitan menjadikan PU Riz seorang yang gigih belajar. 

Sebelum ini, status tentang dirinya bersama Neelofa telah diperkatakan peminat, sehinggakan terdapat beberapa tuduhan yang mengaitkan dirinya.

Ketika ini, hanya Neelofa sahaja yang sudah membuat kenyataan rasmi. Manakala PU Riz pula mengambil pendekatan untuk terus berdiam diri. 

*Sumber: Kopiplanet.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hasrat Timang 13 Orang Anak, Nabil Mahir Balas Kata Kecaman Netizen

Zizi Kirana Mohon Netizen Sabar, Perlu Masa Untuk Delete ‘Gambar Seksi’