in , ,

Cinta Mariam & Farhan Dalam HARI KITA JATUH CINTA Lakonan Intan Ladyana

Melalui slot Drama Ohsem, Awesome TV bakal menayangkan drama romantik “Hari Kita Jatuh Cinta” diterajui oleh Intan Ladyana sebagai Mariam Sophia dan Azlee Khairi sebagai Yusoff Farhan. Drama 18 episod ini akan bersiaran setiap Isnin hingga Rabu bermula 8 Februari 2021, jam 9.00 malam.

Hari Kita Jatuh Cinta bakal memulakan tayang perdananya sebanyak 3 episod pada 1 Februari 2021 – 3 Februari 2021 telah berjaya menjadi “trending” di laman sosial Twitter bila mana, rata-rata peminat tertarik dengan jalan cerita yang dipersembahkan oleh produksi  Zeel Production Sdn Bhd. Drama ini turut dibintangi oleh Oktavia Manrose dan Gambit Saifullah.

HARI KITA JATUH CINTA (AWESOME TV)

Pertemuan tanpa diduga Mariam Sophia lakonan Intan Ladyana dan Yusoff Farhan lakonan Azlee Khairi telah menyulam rasa cinta antara mereka. Namun kemunculan Firhad (Gambit Saifullah), adik kepada Farhan telah menimbulkan rasa tidak selesa kepada Mariam kerana Firhad sebenarnya bekas kekasih Mariam. Tapi untuk mengelakkan kecurigaan FarhanMariam telah berterus terang tentang kisah silamnya dan akhirnya mereka telah berkahwin.

Bermula apabila Farhan telah ke Palu, Indonesia untuk bantuan mangsa gempa bumi tanpa memberitahu Mariam perkara sebenar. Dia telah meninggalkan Mariam yang dalam keadaan hamil tanpa pengetahuannya. Sepanjang ketiadaan suaminya, pelbagai yang telah berlaku kepada Mariam yang membuatkan Mariam menderita. Dan lagi memilukan apabila kepulangan Farhan dalam keadaan yang tidak mengingati siapa Mariam disisinya.

HARI KITA JATUH CINTA (AWESOME TV)

Saksikan Hari Kita Jatuh Cinta terbitan Zeel Production Sdn Bhd di Awesome TV bermula 8 Februari 2021, setiap hari Isnin hingga Rabu, jam 9.00 malam di saluran 123, Astro dan 112, MyTV. Ikuti perkembangan Awesome TV, melalui dikesemua akaun media sosial Awesome TV atau layari laman sesawang Awesome TV di www.awesometv.my.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

BigPay Bakal Melancarkan Pembayaran DuitNow QR

Pelawak Veteran, Jamali Shadat Meninggal Dunia, Atan Sudah Tiada Ramai Selebriti Terkesan