in ,

Hanis Zalikha Kini Sudah Bertudung Hijab

Semalam, Budiey ada melihat gambar selebriti terkenal yang juga seorang blogger, Hanis Zalikha telah mengenakan tudung di gambar Instagram miliknya. Syukur Alhamdulilah, ingat ke gambar tu sekadar gambar untuk sesi foto shoot ke ape ker, rupanya, Haniza Zalikha memang betul-betul menanam azam untuk kekal bertudung.

Terbaru, kekasihnya pelakon Hairul Azreen pula telah menyiarkan sekeping gambar Hanis Zalikha mengenakan tudung dan Hairul Azreen turut mengesahkan yang Hanis Zalikha akan bertudung.

Hanis Zalikha Bertudung

Pastinya ramai yang rasa gembira dengan khabar beritaHanis Zalikha sudah berhijab sepenuhnya. Tahniah dan perkara gembira ini telah diumumkan oleh kekasih kepada Hanis Zalikha sendiri iaitu Hairul Azreen yang membuat pengumuman itu laman sosial Instagram. Mungkin lepas ni kita akan tengok ada tudung Hanis Zalikha pula di pasaran, haaa siapa tau kan?

Tahniah Budiey ucapkan kepada selebriti ini yang memilih langkah terbaik ini dan pada masa yang sama sedang berkira-kira dan memilih tarikh yang sesuai untuk tarikh bertunang.

Semoga perjalanan seni lebih di berkati dan sentiasa kekal di hati peminat.

Hanis Zalikha Bertudung

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Al-Manna & Ustaz Elyas Ismail Bergabung Dalam Lagu AJARKAN AKU SETIA

Datuk Aznil Nawawi Dilantik Ikon Cinta Malaysia LHDN