in ,

Hairul Azreen Terkenang Zaman Tak Ada Duit, Kereta Iswara Hampir Ditarik 3 Bulan Tak Bayar

Baru-baru ini perkongsian pelakon Hairul Azreen menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video kenangan ketika dinobat sebagai juara Fear Factor Selebriti Malaysia.

Menurut Hairul, ketika terbabit dengan program realiti tersebut, kereta Iswaranya hampir kena tarik berikutan sudah tiga bulan tidak bayar.

Pada entri tersebut, Hairul turut meluahkan rasa rindu dengan pasangannya dalam program tersebut iaitu pelakon Dazrin.

Diruangan komen, Kaka Azraff yang juga merupakan pesaingnya dalam program itu turut mengatakan dia juga mengalami nasib yang sama.

Perkongsian Hairul itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen yang mengatakan program tersebut merupakan detik dimana kehidupan pelakon itu berubah.

Malah, ramai yang bangga dengan pencapaian Hairul sekarang yang kini sudah berjaya. Tidak kurang juga, ramai yang mengatakan tidak ketinggalan  untuk menonton program berkenaan pada ketika itu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shopee Jackie Chan

Viu Menggandakan Penerbitan Asli Untuk Penonton di Asia

Bizmilla Tawar Pakej Kahwin Dari RM9,900