in , ,

THE WORLD OF THE MARRIED Trending! Foto Han Sohee Bertatu Tersebar

Biasalah, apabila dah ramai yang kenal dan nama tengah naik, sudah tentu netizen akan cungkil dan mencari gambar-gambar lampau dan silam untuk dihangatkan di media sosial.

Semenjak tampil memegang watak Yeo Da Kyung dengan penuh jayanya dalam drama Korea The World of The Married yang kian trending, populariti Han So Hee pun semakin menjadi-jadi dan diperkatakan ramai di media sosial. Selain lakonannya yang membuat ramai penonton wanita meroyan dan menjadi emo, kecantikan So Hee turut mendapat perhatian penonton. 

PELAKON drama The World of the Married, Han Sohee menjadi bualan dalam kalangan netizen apabila beberapa foto lamanya tersebar di laman sosial.

Foto Han Sohee Merokok & Bertatu Tersebar
Han So Hee tampil disolek ala punk dan kelihatan sedang merokok serta bertato.

Menurut Kstarlive, gambar memperlihatkan dia sedab merokok dan mempunyai beberapa tatu menjadi perhatian netizen apabila dianggap tidak sesuai menjadi contoh kepada masyarakat.

Foto Han Sohee Merokok & Bertatu Tersebar
Han Sohee sudah membuang tatunya.

Namun, ada segelintir netizen yang menganggap Han Sohee sudah dewasa dan berhak melakukan perkara demikian.

Bagaimanapun, Han Sohee difahamkan sudah memadam tatu tersebut demi kerjaya lakonannya yang semakin bersinar.

Foto Han Sohee Merokok & Bertatu Tersebar

A WORLD OF THE MARRIED adalah sebuah drama bersiri dari Korea yang ditayangkan di JTBC dan mempunyai 16 episod untuk ditonton.

Boleh dikatakan drama ini merupakan antara drama paling diminati dan juga drama paling mendapat perdebatan di sosial media pada awal tahun ini. Drama ini diadaptasi dari drama siri TV Inggeris berjudul Doctor Foster (2015).

Drama yang bertemakan konflik keluarga ini memaparkan adegan ranjang yang panas atau babak ‘dewasa’ ini sarat menceritakan tentang pembalasan dendam seorang doktor terhadap suaminya yang telah berlaku curang

What do you think?

63 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Izam EYE Kini Lumpuh, Mohon Bantuan Untuk Hadapi Ramadan

Ezad Lazim & Idayu Bergabung Dalam Single SAMPAI SYURGA