in , ,

Ezad Lazim & Idayu Bergabung Dalam Single SAMPAI SYURGA

Hujung tahun lalu, pemenang tempat ke-3 pertandingan Gegar Vaganza musim ke-2, Ezad Lazim dan juara pertandingan AF MegaStar 2017, Idayu bersatu buat kali pertama menerusi lagu “Gelora Rindu” yang turut menjadi lagu runut bunyi drama ‘Ombak Rindu The Series’.

Terbaharu jodoh mereka bertaut kembali menerusi karya ciptaan Ayden Ali, Firdaus Rahmat dan Mas Dewangga berjudul “Sampai Syurga”. Naskah bergenre pop balada hasil nukilan lirik gandingan dua penerbit drama, Arisz Ab Rahman dan D’Hasniza Nordin itu dirakamkan pada 3 Mac lalu di studio milik komposer Omar K yang turut bertindak sebagai penerbit lagu berkenaan.

Lebih istimewa, lagu terbitan Nova Music (M) Sdn Bhd itu juga menjadi pilihan sebagai lagu runut bunyi drama 30 episod, ‘Korban Kasih’ yang akan bersiaran sepanjang bulan Ramadan ini. 

Drama adaptasi novel ‘Korban Kasih’ karya Fatimah Saidin yang menampilkan barisan pelakon-pelakon popular termasuk Saharul Ridzwan, Azrel Ismail, Zara Zya, Ummi Nazeera dan Dynas Mokhtar akan bersiaran di TV1 setiap hari isnin – Ahad jam 7.00 malam mulai 24 April ’20.

Keserasian gandingan kedua-dua penyanyi ini bakal teruji sekali lagi, malah masing-masing turut memuji bakat yang dimiliki pasangan mereka. Semestinya lagu ”Sampai Syurga” meninggalkan memori dan emosi tersendiri buat mereka.

ezad-lazim-model

Ezad Selesa Berduet dengan Idayu

Bagi Ezad Lazim yang juga bekas vokalis kumpulan Exists, peluang berpadu suara sekali lagi dengan Idayu sesuatu yang tidak mahu dilepaskan apatah lagi permintaan syarikat rakaman Nova Music sendiri yang mahu mereka kembali bergabung.

“Sebelum ini kami berduet untuk lagu Gelora Rindu. Terbaharu, Sampai Syurga. Perbezaan memang jelas ada untuk dua lagu ini terutama genre dan susunan muzik.

Lagu sebelum ini lebih melankolik yang lembut. Manakala duet kali ini lebih kepada genre pop balada selain penghayatannya yang lebih dinamik.

“Menerusi duet terdahulu juga saya percaya pihak syarikat rakaman sudah nampak keserasian vokal kami untuk kembali diteruskan kali ini.

“Saya sendiri selesa berpadu suara dengan Idayu.”

“Kami memulakan proses rakaman awal Mac lalu. Lagu duet baru kami ini mengenai kisah perhubungan yang sulit dan sukar untuk bahagia.

Namun hanya doa kepada Tuhan yang dipanjangkan untuk mendapat kebahagiaan.

Kena hayati dan selami maksud lagu ini jika ingin merasai hati yang bergelut itu,”

– Ezad Lazim

Mengenai Idayu, Ezad yang sudah lebih sedekad bergerak solo berpendapat penyanyi wanita itu cukup berbakat besar.

“Dia antara penyanyi wanita terbaik di Malaysia yang memiliki vokal yang mantap. Jiwa dan ’feel’ nyanyiannya cukup tersendiri ketika menyampaikan sesebuah lagu.

Jadi tak hairanlah bakat dan kemampuan vokalnya diiktiraf apabila dinobat sebagai juara program AF MegaStar tahun 2017.

Kelebihan yang ada turut dimanfaatkan dengan baik apabila beliau berkongsi ilmu sebagai guru vokal. Dia juga arif dalam teknik nyanyian bersiul. Suara dimilikinya unik dan tak ada pada mana-mana penyanyi lain di negara ini,”

– Ezad Lazim
Ezad Lazim & Idayu Bergabung Dalam Single SAMPAI SYURGA

Idayu Bersyukur Lagu Duet Jadi Lagu Runut

Sementara itu, Idayu bersyukur kerana lagu duet terbaharu mereka masih mencuri perhatian penerbit drama untuk dijadikan lagu runut bunyi.

Malah Idayu atau nama sebenarnya, Nur Farah Idayu Yaakob, begitu selesa berduet dengan Ezad Lazim.

“Selepas duet Gelora Rindu yang menjadi lagu tema drama Ombak Rindu The Series, kini lagu duet terbaharu menarik minat produksi drama bersiri Korban Kasih pula.

Apabila lagu seseorang penyanyi itu menjadi lagu runut bunyi atau tema sesebuah naskah cerita, ia memberi kelebihan promosi berpanjangan kerana lagu itu akan terus kedengaran sepanjang tempoh sesebuah drama itu bersiaran.

“Saya sendiri memang serasi dengan Ezad. Mudah bekerjasama dengannya. Lagu ini juga mempunyai banyak beza dengan lagu duet terdahulu terutama dari segi aspek muzikal.

Lagu kali ini rentak baladanya lebih moden dan susun aturnya lebih berskala besar”.

“Harapnya lagu ini akan meningkatkan lagi penerimaan peminat terhadap kami sebagai pasangan duet.

Proses rakaman lagu ini pun cukup mudah. Cuma ambil masa kurang 2 jam.

Proses rakaman bahagian saya sendiri ambil masa lebih kurang 40 ke 45 minit manakala bahagian Ezad pula ambil masa hampir satu jam untuk disiapkan,”

– Idayu
Ezad Lazim & Idayu Bergabung Dalam Single SAMPAI SYURGA

Idayu yang turut menjadi pengajar ‘vocal style’ atau gaya suara sejak lebih dua tahun lalu menyifatkan Ezad Lazim sebagai seorang yang mementingkan kesempurnaan.

“Jadi tak hairanlah setiap nyanyiannya seperti suara kaset yang ramai pernah katakan.

Tapi dia juga cukup menyenangkan dalam studio rakaman. Walaupun lebih senior berbanding saya, dia sangat mudah dan terbuka menerima pendapat serta bertukar idea.

Kami memang banyak berbincang sewaktu proses rakaman sebelum mendapat kata sepakat demi menambah baik serta mencantikkan lenggok nyanyian kami dalam lagu ini,”

– Idayu

Single “Sampai Syurga” terbitan Nova Music (M) Sdn Bhd boleh distrim di semua pelantar muzik digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KK Box dan Deezer mulai 24 April ’20. Begitu juga dengan video lirik rasmi lagu ini yang boleh ditonton di saluran YouTube ‘Nova Music Videos’ pada hari yang sama.

Ezad Lazim & Idayu Bergabung Dalam Single SAMPAI SYURGA
Ezad Lazim & Idayu Bergabung Dalam Single SAMPAI SYURGA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

THE WORLD OF THE MARRIED Trending! Foto Han Sohee Bertatu Tersebar

Yakin Itu Penting, Sufian Suhaimi Kekal Rekod Bersih?