in , ,

Izam EYE Kini Lumpuh, Mohon Bantuan Untuk Hadapi Ramadan

Jika anda pencinta muzik rock tanah air, sudah pasti anda akan ingat dengan seorang penyanyi lagenda dari kumpulan EYE iaitu Mohd Izam bin Arshad atau lebih selesa disapa Izam Eye.

Meskipun dah lebih 20 tahun usia kumpulan EYE, lagu-lagu mereka masih lagi menjadi siulan sehingga ke hari ini. Antara yang sering menjadi pilihan kaki karaoke adalah berjudul Hanya Engkau Yang Satu.

Namun langit tidak lah selalu cerah. Dikhabarkan Izam EYE kini ditimpa ujian yang mana mengalami angin ahmar sehingga disahkan lumpuh peringkat pertama. Izam mengalami situasi ini sejak setahun yang lalu lagi.

izam

Biarpun begitu, semangatnya masih kuat untuk berjuang. Tiada keupayaan pada diri tidak sesekali membuatkannya putus asa dalam mencari sesuap rezeki bagi menanggung dua isteri dan tujuh cahaya mata.

Biar pun ujian ini begitu berat untuk ditanggung, Izam terus tetap kuat semangat dalam mencari sesuap rezeki demi menanggung dua isteri dan juga tujuh orang cahaya mata dimiliki.

Izam sebelum ini hampir hilang kudrat, berjalan sudah pun tidak sempurna seperti dahulu tetapi masih lagi mampu memenuhi undangan nyanyian dengan mengharapkan bantuan pergerakan kerusi roda.

Izam EYE

Hilang Mata Pencarian, Tebal Muka Minta Bantuan

Dalam perkembangan terbaru dalam mengharungi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Izam telah mengalami tempoh sukar apabila mata pencarian mula terjejas dan tidak dapat keluar mengadakan persembahan seperti sebelumnya.

Dengan bakal kehadiran Ramadhan beberapa hari lagi, Izam menjelaskan yang dia sedikit rungsing terutama makan minum keluarganya. Sehubungan dengan itu, dia terpaksa menebal muka meminta sumbangan orang ramai.

Izam EYE

Dengan keadaan yang memaksa, dia melupakan perasaan malu demi meraih simpati orang ramai. Nak kerja lain dia tak mampu dengan keadaan diri yang lmpuh separuh badan.

“Sebelum ini, saya mampu bertahan apabila menyanyi menggunakan kerusi roda. Jadi, saya masih ada sumber pendapatan untuk menanggung keluarga.

“Bagaimanapun, sekarang saya berdepan dengan situasi getir hilang punca pendapatan berikutan tempoh PKP. Lagipun, mahu menyambut Ramadan.

“Saya mempunyai dua isteri dan tujuh cahaya mata. Saya risau nasib diri dan keluarga, lebih lagi dalam keadaan diri menderita penyakit lumpuh separuh badan,” 

– Izam EYE
Izam EYE

Sebagai rekod, dimaklumkan Izam mengalami serangan angin ahmar ketika pulang dari melakukan persembahan di Kuantan, Pahang 11 bulan yang lalu.

Ketika memandu, kakinya mula kebas dan lenguh dan terpaksa digantikan pemanduan dengan rakannya. Keesokkan harinya, Izam didapati sudah pun tidak boleh gerakkan kaki dan dibawa ke hospital.

Hasil pemeriksaan dia disahkan lumpuh peringkat pertama. Dipercayai dia juga mempunyai beberapa penyakit yang lain menyebabkan Izam sukar untuk pulih.

Izam berkata, ini kali kedua dirinya terpaksa menebal muka meminta sumbangan orang ramai.

Izam EYE
Izam EYE semasa menyertai GEMA GEGAR VAGANZA

“Saya kali pertama meminta sumbangan ketika mula diserang penyakit lumpuh, kira-kira 11 bulan lalu. Bagaimanapun, tidak berpanjangan kerana saya masih gigih mencari rezeki menyanyi.

“Secara kebetulan, saya menerima undangan persembahan kecil termasuk membantu badan bukan kerajaan (NGO) membantu fakir miskin di Sabah.

“Kini, saya tiada pilihan dan terpaksa minta sumbangan. Saya amat terdesak. Kalau fikir malu, ia tidak membawa kesudahan. Orang nak kata apa, terpulang,”

– Izam EYE

Mengimbas kejadian diserang penyakit lumpuh, Izam berkata, ia terjadi berlaku selepas mengadakan persembahan di Kuantan, Pahang.

“Saya bersama dua rakan dalam perjalanan pulang. Saya dan seorang rakan bergilir memandu kereta.

“Saya tiba di rumah jam 3 pagi. Mulanya, saya ingat kaki lenguh kerana memandu. Saya tak fikir perkara buruk yang akan berlaku.

“Saya sedar kaki sukar mahu diangkat jam 9 pagi. Dalam masa sama, kawan saya mula mengesyaki ia berkaitan penyakit lumpuh,”

– Izam EYE

Anak jati Kuala Lumpur itu berkata, dia kemudian terjatuh dalam ruang tamu dan dikejarkan ke hospital oleh keluarganya.

“Hasil pemeriksaan, saya disahkan mengalami lumpuh peringkat pertama.

“Cuma saya pelik, lumpuh peringkat pertama selalunya akan sembuh dalam tempoh enam bulan. Saya pula sebaliknya. Mungkin sebab saya ada penyakit darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi,”

– Izam EYE

Jangan malu untuk meminta bantuan. Semoga rezeki milik Izam dan dipertemukan dengan insan berhati mulia dalam membantunya.

Izam EYE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Covid-19: Zaiton Sameon Tolak Sumbangan, Mujur Ada Sedikit Simpanan

THE WORLD OF THE MARRIED Trending! Foto Han Sohee Bertatu Tersebar