in ,

Haiza & Zairi Bergabung Jadi AIZAIRI Mampu Tarik Pendengar BEST FM

Selepas menghadiri pelancaran wajah baru dan penyampai baru Best FM baru-baru ini, Budiey sekarang dah jadi pendengar setia Best FM. Bukan apa, nak dengar celoteh Haiza yang sekarang dah jadi penyampai baru di Best FM. Walaupun baru pertama kali digandingkan, namun kehangatan dan keserasian di antara Haiza dan juga Zairi (AIZAIRI) dapat di dengar semenjak mereka memulakan tugas pada 16 Februari lepas.

BEST FM

Bertanggungjawab untuk mengendalikan segmen BEST PAGI BERSAMA AIZAIRI dan menggantikan penyampai terdahulu Azhar dan juga Ieqa (AZIEQA) gandingan ini di lihat sebagai duo yang kuat, ceria dan segar. Bagaimanapun pasti terdapat ruang untuk memantapkan lagi keserasian untuk mereka berdua kerana ini merupakan gandingan terbaharu Best FM dan pertama kali mereka digandingkan.

Umum mengetahui Haiza dan juga Zairi berasal dari daerah yang sama iaitu Pontian, jadi tentunya ia menjadi salah satu faktor membantu keserasian mereka di konti. Sikap dan perwatakkan kedua-duanya yang hampir sama juga menjadi salah satu faktor banyak membantu dalam mencapai keserasian. Kepetahan Haiza berkata-kata dan keceriaan Zairi mampu menggamatkan suasana konti walaupun hanya mereka berdua di dalam konti.

Bagi mencipta dan menambah baik keserasian mereka, kedua-duanya selalu menghabiskan masa bersama bagi membincangkan perancangan mereka untuk menaikkan lagi rating BEST FM terutama BEST PAGI seterusnya menjadi radio pilihan no. 1 di Selatan Tanahair.

Dengan perancangan bersama, pasti banyak idea-idea yang lebih kreatif dan bercambah dari dua orang penyampai ini. Pendek kata mereka saling sokong-menyokong. Mereka percaya, segmen ini takkan menjadi sekiranya kedua-dua mereka tidak mempunyai keserasian yang kuat untuk menjayakan segmen BEST PAGI.

Sekalung ucapan tahniah dan selamat berjaya Budiey ucapkan kepada Haiza dan Zairi (AIZAIRI) kerana diberikan kepercayaaan bagi mengendalikan segmen BEST PAGI di BEST FM, Terbaik Untuk Harimu. Korang kena dengar okay?

Haiza & Zairi

Haiza & Zairi

TENTANG BEST FM

Best FM dahulu dikenali sebagai Best 104 adalah merupakan stesen radio swasta yang pertama di Malaysia yang telah bersiaran semenjak tahun 1989. Setelah melakukan penjenamaan semula pada tahun lepas, Stesen yang baru meraikan ulang tahun yang ke 25 tahun ini kini di kenali dengan nama “Best FM – Terbaik Untuk Harimu” .

Best FM stesen radio berbahasa Melayu yang bersiaran selama 24 jam dari studio utamanya di Pasir Pelangi Johor Baharu, kini berwajah baru dengan imej yang lebih segar dan lebih versatile mengikut peredaran masa dan citarasa sasaran pendengar dari peringkat umur 25 hingga 45 tahun yang berkonsepkan program yang lebih ceria, interaktif, dan menghiburkan.

Best FM yang sinonim dengan frekuensinya 104.1 FM boleh didengari di Johor Bahru, Singapura, Kepulauan Riau Indonesia dan juga di Lembah Kelang sehingga ke Selatan Perak dan Pahang Barat. Best FM juga dapat didengari di Melaka dan Negeri Sembilan melalui frekuensi 94.8 FM dan di Johor Timur pada frekuensi 102.5 FM. Sepertimana stesen lain Best FM juga boleh didengari secara Online melalui websitenya di www.best.com.my dan juga mempunyai platform interaktif digital fb, twitter, Instagram di @bestfmmalaysia

Best FM memutarkan lagu-lagu popular sekitar tahun 90an, 2000, dan terkini disamping mengekalkan keunikan sedikit lagu-lagu tempatan seperti irama keroncong moden dan lagu etnik irama Malaysia.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Maxis Lancar Kempen #ThisIsMyName Sempena Tahun Baru Cina

Telemovie KASIH ANTARA KITA Lakonan Eja & Fouziah Gous