in ,

Hairul Azreen Dikecam Netizen Gara-Gara Tindakan Tidak Manis

Pelakon Hairul Azreen dikecam netizen gara-gara memuat naik sebuah paparan video di laman sosial yang dianggap sebagai tindakan tidak manis.

Sambil disaksikan beberapa rakan di belakangnya, bintang filem PASKAL itu dilihat berseloroh ‘mengajak’ isterinya pelakon Hanis Zalikha menghasilkan anak ketiga.

“Ayang, saya tengah shooting sekarang. Ayang jaga anak-anak kita. Lepas dah habis, kita buat anak ketiga,”

– Hairul Azreen

Rata-rata pengguna Twitter menganggap tindakan Hairul itu agak keterlaluan dan seolah-olah menjatuhkan maruah sebagai isteri.

Difahamkan Hairul kini sedang menjalani penggambaran filem terbaharunya, Wira.

Namun begitu, kritikan pedas banyak diterima di laman Twitter namun tinjauan di Instagram, sebilangan besar menyifatkan ia sebagai gurauan sahaja. 

Apa pula pendapat korang? Gurau je kot…

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Biar Betul Avengers Bakal Turun & Berkumpul di KLIA & klia2?

Upin & Ipin Catat Rekod Kutip RM25Juta Kalahkan Filem Animasi Antarabangsa