in ,

Hafiz Suip Mengakui Sudah Putus Cinta

Semasa menghadiri Kempen World HUnger Relief (WHR) anjuran KFC Malaysia di Putrajaya pada Sabtu yang lalu, Hafiz Suip telah diasak dengan pertanyaan samada betul ke dia dah putus cinta dengan kekasihnya yang bernama Izzah Zie. Selepas ditanya berkali-kali, akhirnya Hafiz Suip mengakui dia dah putus cinta dengan kekasihnya selepas Hari Raya Aidilfitri yang lalu.  Sebab apa putus? Soalan itu tidak perlu ditanya kerana bagi Hafiz ini melibatkan soal yang terlalu peribadi. Tidak perlu diceritakan kepada seluruh dunia. Biarlah menjadi rahsia dirinya.

Kekasih Hafiz Suip

Ini bukanlah kali pertama Hafiz Suip kecewa dan putus cinta. Hafiz pernah dikatakan bercinta dengan Adira dan cintanya putus ditengah jalan.

Sememangnya, pelantun lagu  Bahagiamu Deritaku tidak mahu berkongsi tentang kisah peribadinya disebabkan dia tak mahu memalitkan arang ke muka dan memberikan kesan negatif kepada kedua belah pihak, Hafiz selesa berdiam diri. Walau apa pun, bagi Hafiz segalanya adalah takdir dan dia perlu redha dan terima segalanya yang tersurat.

“Saya anggap semua ini berbalik kepada takdir. Siapa kami untuk menolak ketentuan-Nya? Memang antara saya dengan dia sudah tiada apa-apa, tetapi saya amat menghormati diri dan keluarganya. Jadi kurang elok andai saya bercerita lebih lanjut mengenai kami. Cukuplah kalau saya katakan, hubungan kami sudah berakhir atas sebab peribadi.”

Hafiz menutup bicara soal cinta dengan keterujaannya menanti kehadiran single terbaru dan juga namanya berjaya dinominasikan dalam pencalonan sebuah anugerah bertaraf antarabangsa, Anugerah Muzik Eropah MTV (MTV EMA), dan juga pencalonan dalam Anugerah Planet Muzik yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini.

Budiey mengucapkan good luck buat Hafiz Suip. Semoga sukses menjadi milikmu! Jom dengar lagu Bahagiamu Deritaku!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aeril Zafrel Terpaksa Kunci Mulut Wawa Zainal Tahu Siapa Dalang Sebenar!

Aeril Zafrel Jawab Kontroversi Nikah Wawa Zainal Jumaat Ini