in , ,

Aeril Zafrel Kunci Mulut Wawa Zainal Tahu Siapa Dalang

Sekarang ini, jika tak dapat hubungi artis yang dicari, media dan pemerhati dunia hiburan hanya merujuk kepada Twitter, Facebook dan Instagram serta media sosial yang seangkatan. Itu dah takde jalan lain, nak buat macamana, usaha untuk menghubungi atau buat panggilan pun tak terjawab. Terpaksalah melihat status mereka di sosial media.

Terbaru, ramai media sekarang ini mahu menghubungi Aeril Zafrel untuk bertanyakan tentang kontroversi bernikah dengan Wawa Zainal atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal. Ternyata, bersumberkan Twitter Aeril Zafrel, pelakon drama Cinta Jannah ini akan terus mengunci mulutnya untuk 90 jam lagi. Setakat ini, Aeril Zafrel tak mahu bersuara dan memberikan sebarang komen kerana jika berikan komen pasti banyak perkara susulan akan berlaku. Baik kunci mulut terus.

Sementara itu, Wawa Zainal pula terus memberikan kata semangat buat Aeril Zafrel. Merujuk Twitter Wawa Zainal, beliau tahu siapakah dalang sebenar yang menyebarkan berita ini dan dia juga kenal pihak yang membenci Aeril Zafrel. Mungkin ada pihak yang tidak puas hati dan ingin melihat hubungan intim Wawa dan Aeril Zafrel putus. Atau mungkin juga ada pihak yang mahu menjatuhkan reputasi atau menjatuhkan maruah Aeril Zafrel. Kita tidak tahu, kan?

Apa-apa pun, Wawa juga sudah bersedia bila-bila masa sahaja untuk berkongsi mengenai perkara sebenar tidak lama lagi. Dikhabarkan, Wawa Zainal bakal mengadakan sidang media dalam minggu ini atau minggu depan.

Kenyataan ini ditulis oleh Wawa melalui Twitter miliknya:

Tentang isu yang sekarang tengah heboh diperkatakan, Aeril Zafrel tidak terasa sangat dan isu ini tidak memberikan kesan dalam hidupnya sebab dia pernah melalui dugaan lebih besar daripada ini dalam hidupnya iaitu semasa kematian ibu dan bapanya.

Semoga dengan sidang media yang akan dibuat nanti, akan menjernihkan segala persoalan dan isu ini akan selesai. Insya Allah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kereta Jimmy Shanley Hilang Ditemui Rentung

Hafiz Suip Mengakui Sudah Putus Cinta