in

Hafiz Penyampai Fly FM Jadi Hos Showdown 2010

Rasanya ramai yang masih tak kenal dengan penyampai radio Fly FM bernama Hafiz Hatim ni. Budiey pun baru berkenalan dan bertemu kali pertama dengan Hafiz masa sidang media Showdown 2010.

Jadi, Budiey rasa nak highlight sikit pasal Hafiz. First, nak ucap tahniah sebab dapat job jadi hos untuk program realiti TV terbaru 8TV, Showdown 2010. Memang layaklah sebab Hafiz boleh menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris dengan lancar. Tanpa gagap-gapap atau sangkut-sangkut. Patutlah bayarannya pun berbaloi-baloi.

Nama sebenar: Hafiz Mohd Hatim, berusia 26 tahun. Pengacara yang fasih berbahasa Inggeris ini lahir pada 22.02.1982 ini pernah menjadi hos untuk beberapa event besar seperti Sidang Media Evira, sidang media MyStarz LG musim kedua, Media Prima Raya Screeening dan banyak lagi. Juga beruntung sebab balik dari belajar kat luar negari terus jadi duta dan juru cakap untuk produk Brylcreem Hybridz 09 dan Puma Malaysia.

Selain mengendalikan Fly FM’s Night Flight, Hafiz juga menjadi penyampai untuk Freaky Fly 30 dan Campur Chart. Pernah berlakon juga dalam Gol & Gincu musim ke-2, Impian Ilyana musim ketiga, Please Give Me a Jon dan menjadi tetamu dalam Quickie 8TV.

Impian dan cita-cita Hafiz memang besar. Tidak lama lagi, katanya dia akan masuk ke bidang muzik dan seterusnya akan menerbitkan muzik video untuk artis tempatan dan impiannya mahu menjadi penerbit filem dan siri drama. Semoga impian Hafiz tercapai. Amin.

Showdown 2010 berkonsepkan street dance di mana ia merupakan jenis tarian yang banyak diselitkan dalam irama hip hop yang kini menjadi kegilaan ramai remaja.

Showdown akan mencungkil bakat kumpulan-kumpulan penari bagi diketengahkan dalam skop yang lebih luas menerusi pertandingan itu yang akan bermula pada 31 Mac tahun depan. Lama lagi nak start tapi sekarang tengah mencari grup dan Showdown akan berada di tempat anda untuk sessi ujibakat.

Pada 9 januari 2010, ujibakat Showdown 2010 akan diadakan di FUN ZON @ The Zon, Johor Bahru, Johor.

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Liyana Jasmay Jadi Pari-Pari

Bagaimana Menghasilkan Model Portfolio secara PERCUMA!