in

Hafiz AF7 Jadi Ben 10 Alien Swarm Versi Bahasa Melayu

Tahniah buat juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Mohd Hafiz Mohd Suip (Hafiz) kerana telah diberi kepercayaan meminjamkan suaranya untuk watak Ben Tennyson. First time dapat job buat voice over alih bahasa ni, Hafiz memang teruja benar. Budiey dah tengok episod pertama, ternyata Hafiz berjaya lakukannya!

Siapa tak nak jadi superhero, kan? jadi, Hafiz ni sangat happy sebab dapat offer macam ni. Hafiz ambil masa lebih 2 jam untuk berlatih dan berlakon masa sesi rakaman. Satu kerja yang bukan mudah. Memang mencabar!

Favorite line Hafiz… “shut down the system” dan its hero time dan bagi hafiz, alien kegemarannya ialah Heatblast. Cool!

Kepada peminat Hafiz, jangan lupa tengok Ben 10 Alien Swarm pada 28 November ini jam 6 petang di saluran Cartoon Network.

Layari: www.cartoonnetworkasia.com

Ehem-ehem… lawa jaket… eksklusif tu… kat kedai mana ada.

Hafiz AF7 sebagai Ben 10.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Sekudus Doa Arisa Lakonan Esma Daniel, Sharifah Sofea

Lagu Paling Best Dalam Album Reunion XPDC – Rasopariso