in ,

Drama Sekudus Doa Arisa Lakonan Esma Daniel, Sharifah Sofea

KISAH WATAK INGIN MENUNAIKAN HAJI MEWARNAI PLOT 2 TELEMOVIE KHAS AIDILADHA : SEKUDUS DOA ARISA DAN SERINGGIT DI TV2

Sambutan Aidiladha yang diraikan seluruh umat Islam tanggal 27 November 2009 turut sama dikongsi Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan menyiarkan dua telemovie Khas Aidiladha, Sekudus Doa Arisa jam 12.30 tengah hari dan Citra Khas Aidiladha : Seringgit pada jam 8.30 malam yang kedua-duanya disiarkan pada 27 November 2009, menerusi saluran Dunia Ria, TV2.

4121441284 1630Ce7412 O | 4

Kedua-duanya mengangkat kisah dan latar seorang watak yang ingin mengerjakan ibadah Haji di Tanah Suci. Namun pada masa sama, situasinya memberikan pengajaran kepada semua supaya membersihkan hati dan benar-benar bersedia mahu menunaikan ibadah rukun Islam ke lima itu supaya ianya tidak menjadi amalan sia-sia. Apatahlagi ketika tibanya seruan menjadi tetamu Allah yang mana kesempatan diberikan kepada insan-insan terpilih untuk mengerjakannya.

Menerusi drama menarik Sekudus Doa Arisa, penghayatan penonton dibawa mengenali watak Arisya Adany seorang mualaf yang memeluk Islam atas kehendaknya sendiri. Arisya mula manjalinkan hubungan dengan Dr Hazmi yang kemudiannya memperisterikan Arisya di samping membantunya mengenali Islam dengan lebih mendalam. Hasratnya memperisterikan Arisya mendapat tentangan hebat daripada ibu Hazmi, seorang Datin. Namun hasrat anak tunggalnya dipenuhi demi menjaga hubungan mereka anak beranak. Bertahun lamanya mereka berkahwin, Hazmi dan Arisya tidak dikurniakan cahayamata seperti kehendak Datin sebagai pewaris harta keluarga mereka.

4121441358 454Bd024C8 O | 5 

Hazmi disuruh mengahwini Dr Halimah yang merupakan rakan setugas Hazmi di hospital. Demi tidak menderhakai ibunya, Hazmi akhirnya mengahwini Halimah yang mempunyai peribadi yang mulia. Arisya dengan rela mengizinkan suaminya untuk berpoligami. Namun, keredhaan yang telus yang diberikan kepada suaminya akhirnya memakan dirinya sendiri. Lalu bagaimana pula keadaan Datin yang ingin menunaikan ibadat Haji namun masih keras dengan segala kebencian terhadap Arisya? Sekudus Doa Arisa menampilkan lakonan berkesan Esma Daniel, Sharifah Sofea, Norwati Sadali dan Kismah Johar.

Di sebelah malamnya pula, penonton diajak berkongsi kisah drama Seringgit lakonan Jalil Hamid sebagai Haji Dollah dipanggil dengan gelaran nama ’Haji Seringgit’ kerana terkenal dengan perangai kedekut dan perengusnya walaupun telah beberapa kali menunaikan umrah dan mengerjakan Haji. Walaupun diberikan rezeki yang lebih oleh Allah SWT, Haji Dollah tidak pernah sekalipun terfikir untuk menderma pada mereka yang memerlukan.

Sikap tangkai jeringnya juga tidak pernah disenangi oleh isterinya, Hajah Munah dan anak gadisnya, Zaiton. Zaiton akhirnya bertindak mencari rezekinya sendiri dek kerana susahnya hendak mendapat wang dari bapanya. Dalam pada itu, Zaiton telah berkenalan dengan Kamal, seorang duda beranak satu yang bertugas menjadi pegawai penasihat dan perancangan luar bandar sebuah syarikat. Setelah lama berkenalan, Kamal berhasrat mahu meminang Zaiton dan terpaksa berjumpa dengan Haji Dollah.

Kamal sebenarnya pernah berjumpa dengan Haji Dollah sebelum itu dan maklum dengan perangai perengus dan kedekut Haji Dollah, namun dia tidak sangka bahawa bapa Zaiton sebenarnya Haji Dollah. Haji Dollah agak kurang senang dengan status Kamal. Konflik terjadi bila rumah Haji Dollah dirompak dan Kamal kemudiannya datang melepaskan mereka tiga beranak yang dikurung di dalam rumah Haji Dollah.

Dalam masa yang sama, Haji Dollah juga telah ditipu oleh Amran, ejen yang memperkenalkan diri sebagai pengurus agensi pelancongan yang mengadakan pakej mengerjakan Haji. Mana-mana orang kampung yang telah mendaftar dengan Haji Dollah, semuanya meminta wang mereka dipulangkan. Bagaimanakah Haji Dollah berdepan dengan situasi itu? Menerusi drama terbitan Gama Taktik Sdn Bhd ini, Jalil Hamid bergandingan dengan pelakon Fadilah Mansor, Haryati, Dian P. Ramlee, Redzuan Hashim, Roy Azman  dan Riezman Khuzaimi.

Pastikan anda menyaksikan dua telemovie menarik penuh pengajaran ini, Sekudus Doa Arisa pada 27 November 2009, jam 12.30 tengah hari dan Citra Khas Aidiladha : Seringgit pada jam 8.30 malam di TV2.

4121441436 44D2219955 O | 6

4121441510 9Bcaa2Af93 O | 7

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Lagi Bakat Liyana Jasmay Ada?

Hafiz AF7 Jadi Ben 10 Alien Swarm Versi Bahasa Melayu