in

G-Thang Inspirasi Gadis Moden Di 8TV

Setiap gadis sukakan keseronokan dan keseronokan itulah yang akan dibawakan oleh 8TV Jun ini! Khas buat semua gadis-gadis di Malaysia, rancangan G-Thang kembali untuk musim kedua dengan perisian yang lebih segar dan konsep yang pastinya lebih hip!

G-Thang merupakan sebuah rancangan yang memaparkan sisi istimewa insan bergelar gadis. Rancangan ini pernah menemui penonton pada awal tahun 2013 dan menampilkan Zher Peen sebagai pengacara. Program sepuluh episod kembali untuk musim kedua yang akan menemui penonton setiap Rabu jam 9.30 malam bermula 18 Jun 2014 di 8TV.

Musim kedua G-Thang bakal mengetengahkan bukan seorang, malah dua orang hos untuk mengacarakan program hebat ini! Megan Tan dan Nadia Heng telah diberi mandat untuk membawa keseronokan serta berkongsi tips-tips menarik untuk para gadis di Malaysia!

Megan dan Nadia akan membawa anda melakukan pelbagai aktiviti menarik, memperagakan fesyen-fesyen terkini dan bertemu gadis-gadis yang punya cerita hebat untuk dikongsikan bersama. Dari usahawan berjaya, blogger terkenal sehinggalah ke pereka tari professional, gadis-gadis ini bakal berkongsi cerita dan pengalaman menarik untuk anda semua. Menariknya dalam G-Thang musim ke-2 ini, Megan dan Nadia akan melakukan sesuatu yang bermakna untuk memberi inspirasi kepada khalayak.

Nadia Heng - 8TV G-Thang Year 2 Host

Menurut Pengurus Besar Kumpulan 8TV, Cik Airin Zainul, program ini sememangnya mempunyai pengikut tersendiri.

“Para wanita khususnya gemar berkongsi cerita dan saling bertukar-tukar tips dalam berfesyen, solekan, masakan, penjagaan diri dan macam-macam lagi. Di Malaysia kita dapat lihat ramai gadis yang bukan sahaja cantik malah masing-masing mempunyai kerjaya dan kisah-kisah hebat yang boleh dikongsikan dengan khalayak.

“Bukan hanya memaparkan gaya hidup gadis urban semata-mata, setiap cerita mempunyai mesej tersendiri dan kisah gadis-gadis ini diharap dapat memberi inspirasi kepada anda semua!” ujar Airin.

Antara gadis-gadis hebat yang bakal menyerikan G-Thang musim ke-2 ini ialah Ann Osman yang merupakan atlet profesional wanita bagi sukan seni mempertahankan diri campuran (MMA), usahawan fesyen terkenal – Vivy Yusof, penari dan pereka tari professional – Suhaili Micheline, perenang berirama – Katrina Ann Abdul Hadi, blogger dan youtuber Daphne Charice dan ramai lagi!

“Kami berdua cukup berbesar hati bertemu dengan gadis-gadis yang cukup terkenal dalam liga masing-masing,” kata Nadia Heng yang pernah dinobatkan sebagai Miss World Malaysia 2010 dan turut mewakili negara dalam pertandingan ratu cantik Miss World 2010 di Sanya, China.

“Setiap individu ini punya cerita tersendiri dan mendengar sendiri kisah suka duka perjalanan karier mereka benar-benar membuat kami kagum sekaligus memberi motivasi untuk kami lebih berani ke depan untuk mencapai impian kami,” tambah Nadia.

“Setiap wanita yang saya temui punya tarikan dan keistimewaan tersendiri. Setiap pertemuan dan temubual yang saya lakukan cukup memberi inspirasi dan pengalaman ini pastinya akan saya kenang sampai bila-bila,” kongsi Megan Tan yang juga merupakan hos rancangan The 8TV Quickie.

Penonton dapat menyaksikan kembara Megan dan Nadia ke destinasi-destinasi menarik di Malaysia dan pastinya teruja melihat keletah dua figura ini melakukan pelbagai aktiviti menarik. Berkayak dan menikmati keindahan pantai di Langkawi, membina rumah untuk Orang Asli di Batangkali, melakukan aktiviti air ‘white water rafting’, mempelajari budaya suku kaum di Sabah, sukan ‘wakeboard’ dan banyak lagi!

Menariknya, Megan turut berpeluang ke Shanghai untuk bertemu dengan seorang artis, arkitek dan pakar seni visual yang cukup terkenal – Hong Yi. Artis kelahiran Malaysia ini cukup dikenali dengan karya-karya beliau yang menggunakan bahan-bahan kreatif untuk menghasilkan potret ikon-ikon terkenal.

Baru-baru ini Hong Yi mencipta potret gergasi bintang terkenal Jackie Chan dengan mengunnakan 64, 000 penyepit makanan (chopstick) sempena hadiah ulang tahun ke-60 pelakon terkenal itu.

“Terlalu banyak pengalaman manis dan menakjubkan yang saya lalui menerusi rancangan G-Thang ini. Saya juga berjaya mencabar diri dengan melakukan pelbagai aktiviti antaranya sukan ‘rock climbing’, tarian ngajat, menyaksikan penyu bertelur, sukan air ‘white water rafting’ dan banyak lagi. Selain teruja kerana terpilih menjadi hos rancangan ini, saya juga berbangga dapat berkongsi cerita dan memberi inspirasi kepada gadis-gadis di luar sana dengan pelbagai kisah menarik.

“Ini merupakan satu pengembaraan yang penuh dengan detik-detik manis yang akan saya simpan selama-lamanya,” sambung Nadia lagi.

Buat gadis-gadis di luar sana, tandakan kalendar anda dan pastikan anda menonton musim terbaru G-Thang yang akan disiarkan setiap Rabu bermula 18 Jun 2014 jam 9.30 malam eksklusif di 8TV.

Saksikan rancangan-rancangan kegemaran anda secara percuma di saluran di 8TV atau menerusi saluran 708. Anda juga boleh menonton rancangan-rancangan kegemaran anda menerusi www.tonton.com.my.

FEATURING:
Vivy Yusof
Fashion entrepreneur

Ann Osman
Malaysia’s 1st female Mixed Martial Arts (MMA) fighter

Loo Jia-Wei
Entrepreneur

Suhaili Micheline
Dancer & Choreographer

Hong Yi
Artist, Architect, Visual Art expert

Katrina Ann Abdul Hadi
National Synchronised Swimmer

Amanda Sura
Vice President, The Reading Bus Club KL

Kimberley Chong
Social Activist & Volunteer

Syazana Sukiman
Entrepreneur

Chen Pelf Nyok
Turtle Conservationist

Daphne Charice
Lifestyle Blogger & Youtuber
G-Thang (Musim ke-2)
TARIKH SIARAN: 18 JUN 2014
HARI: SETIAP RABU
MASA: 9.30 MALAM
EPISOD: 10 EPISOD
BAHASA: INGGERIS

Sila ikuti perkembangan saluran kami menerusi ruangan media sosial:
Facebook: (Urban – 8TV | Chinese – badukongjian)
Twitter: @8tv
www.youtube.com/8tvaddicts
Instagram: (Urban – @8tv | Chinese – @8tvchinese)
Hashtag: #8tv

L-R Megan Tan & Nadia Heng - 8TV G-Thang Year 2 Host

L-R Nadia Heng & Megan Tan - 8TV G-Thang Year 2 Host

Megan Tan - 8TV G-Thang Year 2 Host

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

The MPO Presents Classical Masterpieces At Dewan Filharmonik Petronas

Muzik Video JANGAN PERNAH Terbaru dari VelvetBand