in ,

Kemewahan Tepi Pantai di Grand Hyatt Bali

Jika bercakap tentang pantai dan pulau terindah, Indonesia pasti tersenarai dalam pilihan para pelancong asing. Di antara pantai peranginan yang sering menjadi tumpuan di sana sudah tentulah pulau Bali yang terkenal dengan pantai-pantainya. Bali yang terletak tidak berapa jauh dari tanah Jawa merupakan salah satu destinasi percutian paling popular di dunia.

Dan sekiranya tercari-cari tempat untuk menginap, pastikan Grand Hyatt Bali menjadi pilihan utama anda. Hotel yang terletak di tepi pantai ini sangat sesuai untuk mereka yang masih bujang ataupun berkeluarga. Dengan pemandangan pantai serta lautan yang indah, para pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik. Terletak di kawasan yang sangat eksklusif iaitu Nusa Dua, kedudukan hotel ini juga sangat strategik kerana berada tidak jauh dari lapangan terbang antarabangsa Ngurah Rai.

Grand Hyatt Bali

Dilengkapi dengan 636 aneka pilihan bilik-bilik selesa menghadap lautan dan taman, serta villa-villa persendirian para pengunjung bebas bersantai semahu hati masing-masing. Sekiranya tidak mahu mencecahkan kaki ke dalam lautan, apa kata berenang sahaja di salah satu daripada lima buah kolam renang mereka yang luas tersedia sambil menikmati minuman di sebelahnya. Jika malas berenang, para tamu juga boleh berjalan-jalan di taman hotel ini yang sangat indah dan menenangkan.

Buat anda yang suka mencuba makanan yang lazat apakata anda singgah di Garden Cafe yang menghidangkan pelbagai menu tempatan Indonesia dan antarabangsa yang menarik. Para pengunjung juga boleh mencuba sajian Itali di Salsa Verde atau hidangan Jepun di Nampu. Ada juga lounge untuk bersantai iaitu Pesona Lounge dan juga Salsa Bar buat yang mahu menari dan berhibur.

Lebih istimewa adalah Pasar Senggol yang merupakan himpunan gerai-gerai yang menyajikan makanan tradisional Indonesia dan diselang-selikan dengan persembahan kebudayaan Bali. Ini merupakan satu pengalaman makan yang berbeza daripada kebanyakan hotel lain.

Tersedia juga beberapa dewan dan ruangan khas buat acara tertentu bagi mesyuarat serta majlis-majlis besar yang lain.Seperti kebanyakan tempat penginapan di pantai anda boleh beriadah di gymnasium di The Bay Club Fitness and Health Centre ataupun mencuba sukan air yang ada tersedia (seperti jetski, menyelam, dan macam-macam lagi).Terdapat juga gelanggang tennis , serta laluan khas bagi mereka yang suka berlari serta bersenam. Buat yang sudah bercahaya mata, anak-anak anda boleh juga bermain di Kid’s Club.

Jika anda mahu dimanjakan di spa pula mereka mempunyai sebuah spa yang dikenali sebagai Kriya Spa yang menawarkan pelbagai jenis teknik urut untuk memenuhi keperluan setiap tamu.

Pendek kata hotel ini memang sesuai buat penginapan di tepi pantai. Apalagi dengan kedudukannya yang sangat strategik iaitu tidak sampai 20 minit dari Lapangan Terbang Ngurah Rai di Denpasar, ketenangan flora dan fauna di persekitarannya pasti mendamaikan setiap yang berkunjung ke sini!

Grand Hyatt Bali

Grand Hyatt Bali

Grand Hyatt Bali

Grand Hyatt Bali

Grand Hyatt Bali

Grand Hyatt Bali

Kemewahan tepi pantai di Grand Hyatt Bali
oleh Shah Shamshiri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hotel Review Citadines South Kensington, London

The Sanctoo Villa & Spa di Ubud, Sesuai Untuk Bulan Madu