in ,

The Sanctoo Villa & Spa di Ubud, Sesuai Untuk Bulan Madu

Para pencari ketenangan sering berkejar-kejar menyerbu pantai-pantai peranginan ataupun kawasan pergunungan serta hutan rimba demi menemui tempat paling sempurna untuk bersantai dan merehatkan fikiran.

Sudah semestinya tempat-tempat seperti itu ada di pulau Bali di Indonesia, yang juga merupakan antara pusat percutian paling popular di dunia. Terletak di kawasan Ubud, yang diselang-selikan dengan serakan rimba, tersergam himpunan villa-villa mewah yang diberi nama “The Sanctoo Villas & Spa”. Bagai pondok-pondok indah yang tersembunyi di balik sebuah hutan jadian, villa-villa ini benar-benar mempunyai tarikannya yang tersendiri. Bertemakan gaya Asia kontemporari, penginapan ini menawarkan perkhidmatan terbaik bertaraf lima bintang lengkap dengan kemudahan mewah buat setiap villa.

The Sanctoo Villas & Spa

Ramai yang mungkin tidak tahu tentang kewujudan teratak-teratak menakjubkan ini kerana kawasannya agak tersembunyi walaupun sebenarnya ia benar-benar bersebelahan Bali Zoo. Ini juga disengajakan kerana ia bertujuan memberikan ketenangan kepada setiap pengunjung yang datang.

Setibanya di sini, para tamu akan dibawa langsung ke ruang utama atau lobi yang juga tempat daftar masuk dan keluar (check-in dan check-out).

Setiap penginapan di sini mempunyai dua pilihan iaitu Garden Pool dan River Pool Villa. Kesemua villa dibina luas dan dihiasi dengan perabot serta seni lanskap terbaik dan mempunyai kolam renang peribadi di dalam setiap unit. Ini sangat ideal serta memudahkan para tamu untuk menikmati kolam renang secara peribadi tanpa perlu keluar dari villa masing-masing.

Kesemua villa mempunyai perkarangan yang luas dan lengkap dengan perabot serta beranda luar untuk menikmati minuman dan pemandangan, selain barangan elektronik paling canggih seperti televisyen, radio, pemain DVD dan macam-macam lagi. Ditambah lagi dengan senireka dalaman yang luar biasa, semalam di sini memang tiada bandingannya. Setelah bangun dari tidur di atas katil yang selesa, bilik mandi yang luas pula sedia menanti. Dengan menggunakan barangan bilik mandi yang eksklusif untuk setiap unit, pasti ramai akan mengambil waktu yang lebih lama di bilik air!

Para tamu juga boleh memilih untuk menikmati makan malam di restoran yang tersedia atau menikmati hidangan yang lebih romantis dan peribadi di villa masing-masing. Ini merupakan perkhidmatan khas yang disediakan untuk kesemua penghuni villa kerana kesemua sajian di sini memang bertaraf dunia dan hebat-hebat belaka.

Penghuni villa juga boleh berkunjung ke Bali Zoo berdekatan dengan kenderaan khas hotel yang disediakan, malah ia juga sering ditawarkan di dalam pakej penginapan. Tidak lupa juga, ada perkhidmatan spa buat mereka yang ingin memanjakan diri. The Sanctoo Spa milik mereka menawarkan pelbagai pakej menarik termasuk urutan dan macam-macam lagi rawatan kecantikan.

Penginapan di sini memang sangat menyenangkan setiap yang datang kerana tidak terlalu jauh dari kota Ubud. The Sanctoo Villas & Spa benar-benar satu pengalaman yang berbeza dan luarbiasa. Semalam di sini tidak mungkin anda lupakan buat selama-lamanya.

The Sanctoo Villas & Spa

The Sanctoo Villas & Spa

The Sanctoo Villas & Spa

The Sanctoo Villas & Spa

The Sanctoo Villas & Spa

The Sanctoo Villas & Spa

The Sanctoo Villas & Spa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kemewahan Tepi Pantai di Grand Hyatt Bali

Sinopsis Siri Korea TEMPTATION Ditayangkan di TV2