in ,

Hotel Review Citadines South Kensington, London

Terletak di kawasan elit berdekatan Kensington dan Chelsea di kota London, ibu negara United Kingdom, Citadines Apart’Hotel South Kensington merupakan sebuah pusat penginapan mewah yang menawarkan perkhidmatan terbaik buat para tamunya.

Sebagai salah satu penginapan terbaik di London, ia nampaknya tidak ada masalah untuk membuktikan yang mereka boleh mewujudkan suasana terbaik dan selesa buat setiap pengunjungnya khasnya yang berkeluarga. Lagipun, jenama Citadines merupakan salah satu jenama penginapan yang sangat popular di bawah kumpulan pangsapuri penginapan mewah Ascott yang berasal dari Singapura.

Penginapan Menakjubkan Di Citadines South Kensington, London.

Mempunyai lokasi yang strategik di London, ia mudah ditujui kerana berada di kawasan yang berdekatan dengan sistem keretapi bawah tanah London (Underground). Diperhebatkan lagi dengan senireka bangunannya yang klasik, pasti ramai yang sukakan senireka penginapan berprestij ini. Dari jauh lagi ia sudah kelihatan seperti sebuah kondominium mewah dan berkelas tinggi.

Berbekalkan 92 pangsapuri yang dihias secara kontemporari dan eksklusif, ia turut menawarkan pemandangan salah satu taman terkenal kota London yang tidak kurang hebatnya.

Seperti kebanyakan penginapan berkonsep pangsapuri masa kini ia juga mempunyai kemudahan lain seperti mesin basuh, pengering, sambungan wi-fi buat tamu yang ingin melayari internet dan juga perkhidmatan penghantaran barang untuk membeli-belah. Terdapat pilihan pangsapuri berkonsep studio dan juga yang mempunyai satu bilik tidur bersesuaian dengan jumlah tamu yang menginap (pasangan, solo atau berkeluarga). Ia juga tidak jauh dari muzium sejarah alam semulajadi serta dewan tersohor Royal Albert Hall.

Jadi tamu boleh bersiar-siar bersama keluarga berdekatan kawasan ini sambil menikmati ketenangan yang tidak terlalu sibuk sepeti di pusat bandar. Lebih memudahkan lagi ia tidaklah terlalu jauh dari kawasan membeli-belah dan pelancongan. Andai tercari-cari penginapan yang bagus dan menawarkan perkhidmatan terbaik di samping lokasi yang sangat strategik, singgahlah di Citadines South Kensington di London, kerana ia benar-benar strategik dan berbaloi!

Penginapan Menakjubkan Di Citadines South Kensington, London.

Penginapan Menakjubkan Di Citadines South Kensington, London.

Penginapan Menakjubkan Di Citadines South Kensington, London.

Penginapan menakjubkan di Citadines South Kensington, London.
Penulis: Shah Shamshiri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Khir Rahman 2020 | 16

Telemovie Saling Pemenang Sinematografi Terbaik Anugerah Kaseh Tribute P.Ramlee

Kemewahan Tepi Pantai di Grand Hyatt Bali