in , ,

Omar & Hana Tarik Perhatian Pemain Bola Sepak Paul Pogba, Kini Jadi Animasi Pilihan Keluarga

Tahniah Buat Siri Animasi Kegemaran Ramai, Omar & Hana Yang Telah Menarik Perhatian Pemain Bola Sepak Paul Poga, Kini Animasi Itu Dah Menjadi Animasi Pilihan Keluarga! Sudah Tentu Ada Sebab Kenapa Animasi Ini Menjadi Kegemaran Paul Poga kan?

Animasi kelahiran anak Malaysia, Omar & Hana hari ini telah mengorak langkah yang lebih besar apabila dilihat menjadi pilihan tontonan keluarga salah seorang bintang bola sepak ternama di dunia, Paul Pogba. 

Bersesuaian dengan sambutan Hari Malaysia yang baru disambut oleh negara kita, kini animasi anak Malaysia telah terbukti mampu bersaing di peringkat dunia dan membanggakan Malaysia apabila menjadi pilihan tontonan keluarga bintang Manchester United dan Perancis, Paul Pogba. 

Omar & Hana Tarik Perhatian Pemain Bola Sepak Paul Pogba, Kini Jadi Animasi Pilihan Keluarga

Menerusi satu hantaran di Media Sosial bintang tersebut, Pogba jelas kelihatan sedang memegang alat kawalan jauh dan kelihatan gambar kartun Omar & Hana versi Bahasa Inggeris terpapar di kaca TV beliau. 

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Durian Digital, Sinan Ismail turut terkejut besar apabila mengetahui mengenai perkara tersebut pada pagi tadi.

“Terima kasih Pogba kerana memilih Omar & Hana untuk ditontonkan kepada anak-anak anda. Kami berharap ianya dapat memanfaatkan anda, anak-anak dan keluarga.”

“Jikalau anda mahukan maskot Omar & Hana membuat kejutan pada ulang tahun kelahiran anak-anak anda, boleh bagitahu kami!”

– Sinan Ismail menerusi Linkedin

Omar & Hana merupakan animasi kartun berunsurkan Islamik yang dihasilkan oleh syarikat animasi Malaysia, Digital Durian. Digital Durian merupakan antara peneraju syarikat animasi dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam menghasilkan isi kandungan berilmiah untuk tatapan anak-anak bersama ibu-bapa. 

Omar & Hana Tarik Perhatian Pemain Bola Sepak Paul Pogba, Kini Jadi Animasi Pilihan Keluarga

Hantaran berkaitan kartun Omar & Hana oleh pemain bola sepak dunia dengan jumlah pengikut melebihi 73 juta pengikut ini secara tidak langsung menaikkan lagi status kartun Omar & Hana untuk pasaran antarabangsa. 

Omar & Hana yang mempunyai peminat bukan sahaja di Malaysia bahkan di serata dunia baru-baru ini telah mencapai 5 juta peminat di YouTube Malaysia dan hampir 1 juta peminat di YouTube English. 

Mengenai Omar & Hana 

Omar & Hana adalah animasi berteraskan islamik Nombor 1 di Malaysia. Bermula pada tahun 2017, Omar & Hana kini telah berjaya mendapatkan lebih dari 6 Juta langganan di YouTube dalam semua bahasa. 

Selain di Malaysia, Omar & Hana juga ditonton di serata dunia dan telah dialih suara ke Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan juga Bahasa Urdu. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Giliran Anzalna Nasir Pula Berhijab, Ini Video Kejutan di Hari Jadi Suami

Nabila Razali Rugi RM2,000 Selepas Cawangan Kedai Ayam Goreng Dipecah Masuk