in

Game Show TU DIA Meraikan Episod Ke-250

Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTVnya yang pernah memenangi anugerah, HyppTV, hari ini meraikan episod ke-250 program game show “Tu Dia”, antara program yang mempunyai jumlah tontonan terbanyak di saluran terbarunya, HyppSensasi (HyppTV saluran 116). HyppSensasi merupakan saluran hiburan tempatan pertama yang menayangkan program-program unik dan terbitan eksklusif berbahasa Malaysia dalam Definisi Tinggi (HD).

Bersempena dengan rakaman episod istimewanya ini, Emily Wee, Naib Presiden, Perniagaan dan Operasi Media, New Media, TM, meraikan wakil-wakil media dalam satu lawatan eksklusif ke studio rakaman program tersebut di Green Cow Studio bertempat di Damansara.

GAME SHOW “TU DIA” MERAIKAN EPISOD KE 250-NYA
Satu episod istimewa akan ditayangkan di saluran tempatan pertama HyppTV, HyppSensasi

Mengulas mengenai pencapaian program ini, Emily berkata,

“Kami amat teruja menjadi sebahagian daripada penerbitan program “Tu Dia” dan ini merupakan penglibatan sulung kami dalam menghasilkan kandungan hiburan tempatan yang dilancarkan sekali dengan saluran tempatan kami, iaitu HyppSensasi baru-baru ini. Menerusi HyppSensasi, kami menawarkan pelanggan-pelanggan kami di seluruh negara dengan program-program tempatan yang unik, berkualiti tinggi dan belum pernah ditonton di dalam Definisi Tinggi (HD). Ini menggambarkan sokongan HyppTV kepada pertumbuhan kandungan tempatan.”

Episod ke-250 program “Tu Dia” disertai oleh selebriti-selebriti tempatan seperti Tomok, Azheal, Arin (Raja Lawak), Munir, Amran Ismail dan ramai lagi. Dihoskan oleh tiga (3) orang hos muda berbakat besar iaitu Zoey Rahman, Farish Aziz dan Alif Satar, program ini turut disertai oleh para peserta dari kalangan orang awam.

“Tu Dia” sebuah program game show menarik dan “gila-gila” menerapkan elemen lucu bersesuaian untuk tontonan seisi keluarga. Game show ini menyaksikan para peserta, terdiri daripada selebriti dan orang awam akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan bertarung dalam beberapa permainan unik dan melucukan yang menguji fizikal dan kecergasan peserta-peserta.

“Tu Dia” bersiaran selama setengah jam setiap hari Isnin sehingga Jumaat pada jam 8.30 malam, secara eksklusif di HyppSensasi (HyppTV saluran 116). Saluran ini juga boleh ditonton pada peranti pintar mahupun komputer menerusi aplikasi HyppTV Everywhere.

“Selain bekerjasama dengan penerbit tempatan seperti Juita Viden untuk “Tu Dia”, kami turut menyenaraikan beberapa drama bersiri tempatan yang akan ditayangkan tidak lama lagi di HyppSensasi seperti “Cahaya Di Hujung Nyawa”, “Cinta Si Egois, “Permainan Cinta”, “Selipar Jepun Stiletto Merah”, “Rahsia Takdir” dan “BIB”. Jadi, teruskan bersama kami dan nikmati program-program menarik ini!” tambah Emily.

Selain itu, antara program baru yang akan muncul di HyppSensasi adalah seperti “Titik Terakhir”, sebuah filem seram tempatan dan “Here With Me” – sebuah terbitan dari Filipina yang dibintangi oleh Piolo Pascual dan Judy Ann Statos yang dialih suara dalam Bahasa Malaysia.

HyppTV kini menawarkan kepada para pelanggannya sebanyak 126 saluran dengan 43 saluran dalam Definisi Tinggi (HD) – yang terdiri daripada 57 saluran premium, 21 saluran percuma, 8 saluran Radio, 18 saluran Video -On -Demand dan 22 saluran interaktif dalam pelbagai pakej nilai dan pilihan secara ala-carte. Sementara itu, 62 saluran kini boleh didapati di HyppTV Everywhere yang terdiri daripada 40 saluran premium, 11 saluran percuma dan 11 saluran Video-On-Demand (VOD). HyppTV dikuasakan oleh perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi TM, UniFi dan Streamyx 4Mbps dan 8Mbps yang tersedia untuk penonton tanpa mengira cuaca melalui pakej kediaman dan perniagaan bagi UniFi dan Streamyx. Pelanggan HyppTV juga boleh menikmati hiburan bertaraf dunia ini semasa di luar rumah melalui HyppTV Everywhere. Setakat ini, HyppTV mempunyai hampir 700,000 pelanggan.

Untuk maklumat lanjut mengenai HyppTV, layari www.tm.com.my/hypptv dan lawati laman Facebook kami di www.facebook.com/hyppworld.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

U Mobile Sasar 2 Juta Pelanggan Baru Menjelang 2015

Tayangan EKSKLUSIF Muzik Video SENYUMAN GELAPMU Fakhrul Razi