in ,

U Mobile Sasar 2 Juta Pelanggan Baru Menjelang 2015

Sebelum ni, Budiey ada buat posting di blog Budiey.com dan Instagram mengenai U Mobile dan juga review ringkas perkhidmatan telco mana yang terbaik dari persepsi Budiey sebagai seorang blogger yang begitu bergantung kepada kelajuan internet.

Setakat ini, telco mana yang korang guna, korang rasa sangat puas hati sangat-sangat? Seperti yang Budiey nyatakan di budiey.com. Antara telco yang Budiey rasa terbaik ialah U Mobile.

Keutamaan Budiey dah tentu pada data internet. Tipulah kalau Budiey kata, Budiey tak kisah dengan kelajuan internet sebab Budiey memang bekerja 24/7 dengan bergantung dengan internet dan online nih. Tapi dengan U Mobile, segalanya lancar dan takde masalah. Nak-nak hujung bulan pun masih lagi bersisa. Laju berdesum. Bukan apa, selalu kat event Budiey nak update Instagram, FB & Twitter tu mudah dan cepat, kan?

U-Mobile

Namun begitu, Budiey ada juga mendengar luahan hati kawan-kawan, mereka komen liputan yang tak berapa atau nak best atau pun selalu takde line terutamanya di kawasan luar bandar dan juga liputan 3G yang tak berapa nak luas. Okay, Budiey rasa kebimbangan korang tu akan berakhir lepas ni.

Terbaru, Budiey dapat tahu satu berita gumbira, U Mobile nak tambahkan lagi keluasan liputan (coverage). Yabedabeduuuu!

Baru-baru ni, Budiey telah dijemput untuk menyaksikan satu pengumuman terbaru dari U Mobile. U Mobile telah berkongsi pelan perancangan mereka untuk tahun 2015, menyasarkan untuk meliputi kebanyakan kawasan tempatan dengan penambahan sehingga 2000 tapak pemancar gelombang 3G & 4G LTE di seluruh negara. Wah! Ini dah bagus dan akan menguntungkan para pengguna sebenarnya.

Melalui perancangan ini, sebanyak 1000 tapak pemancar 3G dan 1000 tapak pemancar 4G LTE akan disiapkan menjelang penghujung 2015. Antara kawasan utama yang bakal diliputi termasuklah Wilayah Persekutuan, Selangor, Seremban, Port Dickson, Nilai, Ipoh, Lumut, Pulau Pinang, Johor Bahru, Muar, Kluang, Segamat dan Batu Pahat. Beberapa kawasan di Pantai Timur, Sabah, Sarawak dan Labuan juga bakal menerima liputan berkelajuan tinggi ini.

Dengan penambahan kawasan liputan U Mobile ini pastinya akan memberikan impak bukan sahaja kepada pengguna awam, bahkan dengan pengguna bisnes mereka yang melanggan perkhidmatan U Mobile Quickpay.

Bagi anda yang tidak mengetahui akan U Mobile Quickpay, ia merupakan peranti yang membolehkan pengguna bisnes mereka menerima pembayaran kad kredit pada peranti mudah alih mereka dan U Mobile Quickpay telah dilancarkan beberapa minggu lepas.

Budiey suka imbas balik beberapa bulan lalu, U Mobile Sdn Bhd telah melabur RM1.5 bilion bagi meluaskan jaringannya melalui pengeluaran 2,000 3G baharu dan 4G tapak evolusi (LTE) jangka panjang. Haa, bukan mudah untuk buat semua pelanggan puas hati kan? Tapi U Mobile dah lakukan yang terbaik untuk pengguna setianya.

Jaringan baharu itu akan merangkumi bandar utama dan kawasan strategik di Malaysia termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Seremban, Port Dickson, Nilai, Ipoh, Lumut, Pulau Pinang,Johor Baharu, Muar, Kluang, Segamat dan Batu Pahat.

Perluasan itu akan memastikan prestasi jaringan lebih baik yang mengutamakan generasi baharu pelanggan yang mahukan data dan sentiasa saling berhubung.

SASAR 2 JUTA PENGGUNA LANCAR MOTO VISION TO MILLION

Nampaknya U Mobile antara telco yang begitu agresif sejak dua menjak ini. Selepas buat pengumuman tentang U Mobile Quickpay & keluasan liputan, U Mobile telah menyatakan sasaran mereka untuk mendapatkan 2 juta pelanggan baru menjelang 2015.

U Mobile

Bagi mencapai sasaran tersebut, U Mobie akan mengadakan promosi bagi pelanggan baru yang akan menggunakan talian mereka. U Mobile juga berjanji akan memberi panggilan percuma serta data internet percuma untuk sehari pada 1 Januari 2015 sekiranya sasaran 2 juta pengguna baru berjaya dicapai pada 31 Disember 2014.

Fuhhh, siapa tak nak kalau kasi panggilan percuma dan data internet percuma kan? Arrggh Budiey nakk! Ye lah, siapa tak nak, dia yang rugi. Suka kan dengan benda percuma ni. Jimat sikit wang saku.

Untuk info pembaca, salah satu tarikan adalah program MNP (Mobile Number Portability) mereka yang menawarkan internet percuma selama setahun pada kapasiti 250MB untuk setiap tambah nilai RM30 keatas bagi pelanggan prabayar. Turut disertakan adalah panggilan percuma dan faedah lain.

Bukan itu je, Program Friend Referral pula membolehkan pelanggan U Mobile menerima kredit RM3 untuk setiap pengaktifan rakan mereka yang baru melanggan, malah pelanggan tersebut akan menerima 10% dari nilai isian semula setiap kali rakan mereka mengisi semula nilai kredit mereka. Ganjaran ini akan berterusan selama 6 bulan.

Dengan program ganjaran sebegini dan juga faedah apabila bertukar, U Mobile dilihat yakin dalam mencapai sasaran mereka menjelang akhir tahun ini. Kesemua maklumat berkenaan promosi mereka boleh diakses di laman web U Mobile yang telah dikemaskini dengan tajuk Vision 2 Million. Jom layari: http://www.vision2million.my

U Mobile

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Islamik Primeworks Studios Menarik Perhatian Rangkaian TV Serantau

Game Show TU DIA Meraikan Episod Ke-250