in ,

Sinopsis Telemovie Raya KASUT di HyppTV

Pada 1 Syawal nanti para penonton HyppTV akan disajikan dengan telemovie yang pertama keluaran Homegrown Productions

Telemovie ini akan disiarkan pada jam 6 petang di Hyppinspirasi saluran 111. Atau anda boleh muat turun applikasi HyppTV Everywhere di Apps/Google Store untuk menonton HyppTV.

Berita baik untuk pelanggan HyppTV, kesemua saluran HyppTV boleh ditonton secara percuma bermula pada 17 Jun sehingga 2 Julai 2017.

Bersesuai dengan hashtag #TambahLagi Raya, HyppTV akan menyiarkan pelbagai rancangan dan telemovie terbaik sepanjang Syawal ini melalui saluran HyppInspirasi, HyppSensasi dan Salam HD.

Sinopsis Telemovie Raya KASUT

Sinopsis Telemovie KASUT

KASUT menceritakan kehidupan seorang remaja perempuan yang bernama Zubaidah dan hubungannya bersama Osman, bapanya. Zubaidah seorang anak tunggal kepada Osman dan Nona. Mereka melalui kehidupan sekeluarga yang normal walaupun kadangkala berlaku sedikit pertelingkahan.

Sehinggalah satu hari, Osman dibuang kerja dan keluarga mereka diambang krisis kewangan. Namun Osman tetap mencari ikhtiar membuat kerja lain supaya keluarganya tidak tahu akan perkara ini.

Zubaidah seorang pelajar sekolah menengah mempunyai teman rapat yang bernama Amri. Amri sering membantu Zubaidah dalam apa jua keadaan. Suatu hari Zubaidah dipertemukan dengan Dalit. Mereka menjadi teman rapat. Pabila bersama Dalit, Zubaidah sering teringatkan bapanya. Apa kaitan Zubaidah dan Dalit? Jangan lupa menonton telemovie KASUT di HyppInspirasi saluran 111.

Pelakon
Yuna Rahim sebagai Zubaidah
Azhan Rani sebagai Osman
Amerul Affendi sebagai Dalit
Eric Fuzi sebagai Amri
Farah Rani sebagai Nona

Pengarah
Afiq Zulkefli

Penerbit
Jeremy Kung
Emily Wee
Michael Christian Simon
Siti Nurhazrah Hilme

Sinopsis Telemovie Raya KASUT

Sinopsis Telemovie Raya KASUT

Sinopsis Telemovie Raya KASUT

Sinopsis Telemovie Raya KASUT

Sinopsis Telemovie Raya KASUT

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Telefilem Syawal 2017 di TV9

Boy Iman Harap Anugerah Datuk dari Pahang Dapat Tebus Maruah