in

Dua Pemenang Celcom GAME HERO Bawa Pulang Tunai Berjumlah RM 1Juta

Sejarah dilakar oleh Ahmad Fazli Ahmad Rusli, 35 tahun, apabila membawa pulang hadiah utama RM417, 500 daripada hadiah wang tunai RM1 juta, selepas mencatat skor tertinggi semasa perlawanan akhir kejohanan mudah alih terbesar di Malaysia, ‘ Celcom Game Hero – Sky Invasion 3D ‘.

Ahmad Fazli, seorang pramugara daripada Seremban, membawa pulang hadiah utama tersebut selepas bertarung sengit selama sejam dengan peserta akhir yang lain, yang terpilih di antara kira-kira 350,000 peserta sepanjang tempoh empat bulan. Mohd Farhan Hassin pula yang berusia 28 tahun, daripada Kota Bharu, berkongsi sebanyak RM317, 000 daripada keseluruhan wang tunai RM 1 juta tersebut, selepas merangkul tempat kedua dalam kejohanan tersebut.

GAME HERO

Celcom berbangga dapat bekerjasama dengan pemaju kandungan mudah alih tempatan dalam usaha membangunkan permainan sedemikian. Celcom bekerjasama dengan Techninier Sdn Bhd untuk Celcom Game Hero – Sky Invasion 3D yang pertama, dimana ia disertai oleh ratusan ribuan pemain, daripada pelbagai tahap kemahiran. Ini merupakan inisiatif yang luar biasa bagi Celcom sebagai pemacu jenama yang diiktiraf sekaligus memperluaskan gaya hidup digital serta menyokong komuniti penyedia kandungan di Malaysia.

Majlis penyampaian hadiah Celcom Game Hero hari ini diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berhormat Dato ‘Jailani Johari, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia di Hotel Pullman, Bangsar.

Michael Kuehner, Ketua Pegawai Eksekutif, Celcom Axiata Berhad berkata, kerjasama dan inisiatif Celcom ini telah membuka peluang kepada semua golongan individu daripada pelbagai kumpulan usia untuk menjadi ‘game hero’ dan berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai daripada jumlah terkumpul RM1 juta!

“Para peserta telah membuktikan bahawa sesiapa juga di Malaysia boleh memiliki kemahiran dalam ruang permainan digital dan teknologi. Celcom amat berbangga kerana dapat mencipta peluang, termasuk kepada ‘usahawan tekno’, dengan pengalaman digital yang terbaik serta ruang untuk menyerlahkan bakat terpendam mereka dalam industry ‘e-gaming’ yang kini begitu pesat membangun di seluruh dunia,” kata beliau.

Dato’ Lion Peh, Ketua Pegawai Eksekutif Techninier berkata said Sky Invasion 3D telah mendapat sambutan yang begitu hebat sepanjang empat bulan pertandingan tersebut berlangsung, dan ia telah dibuktikan apabila ia disenaraikan dalam ‘Top Trending Apps’ di Google Play Store.

GAME HERO

“Kita telah mencipta sejarah di Malaysia dengan maklumbalas daripada para pemain digital di seluruh negara dan kami berharap aspirasi rakyat Malaysia dalam menjana pendapatan melalui permainan digital secara professional bukan lagi hanya suatu mimpi,” menurut beliau.

Bermula 2 Julai 2017, Celcom Game Hero memasuki peringkat kedua dengan permainan ‘Se7en Gear’ Techninier, iaitu permainan perlumbaan arked 3D yang menampilkan ciri-ciri unik permainan perlumbaan, di mana ia membolehkan para pemain terus melalui cabaran baru di atas dan di luar jalanraya.

Bagi tempoh empat bulan seterusnya serta cabaran yang bakal diharungi dalam lapan peringkat kemahiran, kesemua ‘game hero’ boleh menjangkakan pelbagai kandungan permainan baru dan sekali lagi mereka akan terus berlumba untuk ke tempat teratas! Kumpulan pemain seterusnya akan berentap untuk memenangi hadiah-hadiah utama, termasuk sebuah kereta BMW 3 Series, Honda Jazz, Perodua Bezza atau wang tunai.

Bagi maklumat lanjut berkenaan pertandingan kedua Celcom Game Hero – ‘Se7en Gear’, sila layari www.gamehero.my.

GAME HERO

GAME HERO

Mengenai Celcom Axiata Berhad
Celcom merupakan penyedia rangkaian data terkemuka di Malaysia dengan 10.2 juta pelanggan. Ditubuhkan pada 1988, syarikat berbangga dengan rangkaian nasional terluas 2G, 3G dan 4G LTE yang meliputi lebih 98% kawasan berpenduduk. Sebagai penyedia perkhidmatan jalur lebar mudah alih dan korporat terbesar pada masa ini, Celcom kini bergerak maju ke arah perkhidmatan pelbagai akses dan multimedia bersepadu, selari dengan teknologi dan perilaku pengguna di Malaysia yang berevolusi. Budaya yang mengutamakan pelanggan dapat dilihat pada khidmat pelanggan, produk dan pengiktirafan korporat lain di peringkat serantau. Celcom merupakan sebahagian daripada Syarikat Kumpulan Axiata, salah satu syarikat telekomunikasi terbesar di dunia, dengan lebih 320 juta pelanggan merentasi 10 pasaran Asia. Untuk maklumat lanjut, layari http://www.celcom.com.my .

Mengenai Techninier
Techninier Sdn. Bhd. (Techninier) merupakan peneraju inovasi di mana syarikat tersebut mengkhususkan penyediaan perkhidmatan teknologi dan kandungan dalam internet dan ruang mudah alih. Seiring dengan perkhidmatan teknologi yang ditawarkan, fokus Techninier adalah pada pembangunan permainan sosial mudah alih dan platform rangkaian sosial mudah alih, sehingga diiktiraf di peringkat global melalui anugerah ‘The Meffy Awards’ dan ‘World Communication Awards’ sebaris dengan syarikat tersohor seperti Apple. Techninier juga mengintegrasikan dan menguruskan keperluan pelanggan dan rakan niaga dalam industri ICT. Bagi maklumat lanjut mengenai Techninier, sila layari www.techninier.com .

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Pemenang IM4U FM MIC DROP 2017

Konsert Mr. Big Live in Malaysia 2017