in

Konsert Mr. Big Live in Malaysia 2017

Kumpulan rock unggul Amerika Syarikat, Mr. Big bakal berkunjung ke Malaysia! Mr. Big Live in Malaysia 2017 akan menggegarkan Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 14 Oktober, pukul 8 malam!

Konsert anjuran Plan 7 Production tersebut adalah sebagai tanda menyokong album terbaru mereka yang berjudul “Defying Gravity”, dimana ia telah dirakam sepenuhnya hanya 6 hari. Peminat boleh menjangka malam yang penuh nostalgia sambil melayan lagu-lagu klasik serta menerima kejutan daripada album terbaru mereka.

Konsert Mr. Big Live in Malaysia 2017

Mr. Big Sedia Gemparkan Malaysia

Diasaskan pada tahun 1988, Mr. Big telah meninggalkan kesan dalam sejarah muzik. Mereka yang terkenal dengan lagu hit “To Be With You” berjaya membawa mereka ke peringkat antarabangsa dan memperoleh jualan rekod platinum yang paling tinggi. Mr. Big masih aktif dan popular sepanjang zaman, walaupun trend muzik yang sentiasa berubah mengikut aliran muzik semasa.

Ahli-ahli semasa yang juga ahli-ahli asal Mr. Big terdiri daripada Eric Martin sebagai vokalis, Billy Sheehan sebagai pemain bass, Paul Gilbert sebagai pemain gitar dan Pat Torpey sebagai pemain dram.

Kumpulan ini telah dibubarkan pada tahun 2002, namun disatukan semula pada tahun 2009 atas permintaan peminat dan mereka terus memperjuangkan lagu-lagu rock. Setakat ini, Mr. Big telah mengeluarkan sebanyak 9 album studio.

Dengan menggabungkan gaya muzik “shredding” bersama harmoni vokal yang hebat, Mr. Big telah menggubah pelbagai lagu hit seperti “Alive and Kicking” dan “Just Take My Heart” yang merangkumi genre rock yang lain seperti balad, metal dan blues rock.

Tiket untuk menyaksikan Mr. Big Live in Malaysia 2017 berharga RM568 (VVIP), RM468 (VIP), RM328 (PS1) dan RM188 (PS2). Semua kategori tiket adalah berdasarkan tempat duduk bernombor kecuali PS2 adalah tempat duduk bebas. Semua harga tiket termasuk 6% GST tetapi tidak termasuk yuran pemprosesan RM4.

Tiket boleh didapati melalui TicketCharge di www.ticketcharge.com.my atau hubungi +603 9222 8811. Tiket VVIP hanya boleh didapati secara eksklusif melalui pihak penganjur Plan 7 Production dengan menghubungi +6012 974 1011 atau melayari www.facebook.com/Plan7Production.

Mr. Big Live in Malaysia 2017 dianjurkan oleh Plan 7 Production, Mega Ultimate sebagai Pengurus Acara, Double Tree Hotel sebagai Hotel Rasmi, Astro Circle sebagai Rakan Kesetiaan dan Penghargaan Istimewa kepada Mega Music World.

Konsert Mr. Big Live in Malaysia 2017

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dua Pemenang Celcom GAME HERO Bawa Pulang Tunai Berjumlah RM 1Juta

Pembukaan & Pelancaran Butik Farraly di Johor Bahru