in ,

Gambar Zo In Sung di Temubual Bersama Media Malaysia

Sewaktu sesi temubual bersama media yang diadakan di Hotel Hilton semalam, Zo In Sung berkata,

“Kalau populasi penduduk Malaysia ada seramai 17 juta. Saya rasa, mungkin peminat saya hanya seramai 13 orang saja”. Namun selepas bertemu peminat di sesi bertemu-mesra semalam, beliau tidak menyangka yang beliau rupa-rupanya mempunyai ramai peminat di Malaysia.”

Ini adalah kunjungan rasmi pertama Zo In Sung di Malaysia untuk mempromosikan drama siri kegemaran ramai, That Winter The Winds Blows.

Beliau juga sempat meminta cadangan pihak media mengenai karakter apa yang sesuai dimainkan pada masa akan datang. Ada wakil media yang menjawab, “ingin sekali melihat anda menjadi detektif atau superhero”. Lalu reaksinya terhadap cadangan tersebut, “Oh, kalau macam tu, bila anda dah siapkan skripnya nanti, cepat-cepat telefon saya ya!”

Sewaktu pihak media cuba ‘mengorek rahsia’ mengenai kisah peribadi, terutamanya mengenai percintaannya bersama aktres Kim Min Hee, Zo In Sung hanya sekadar tersenyum sahaja.

Zo In Sung memberitahu beliau sebelum ini sebenarnya pernah berkunjung ke sini untuk satu penggambaran iklan komersial, namun tidak memberitahu lebih lanjut mengenai lokasi penggambaran tersebut.

Sepajang bergelar pelakon, Zo In Sung berkata, hadiah paling ‘giler’ yang pernah diterimanya dari peminat ialah seekor iguana. Namun selepas dua hari menjaga iguana itu, dia menyerahkan pada seseorang kerana merasakan individu itu lebih tahu cara menjaga binatang tersebut.

Gambar Zo In Sung di Temubual Bersama Media Malaysia

ONEHD_ZO IN SUNG_Interview (1)

ONEHD_ZO IN SUNG_Interview (2)

ONEHD_ZO IN SUNG_Interview (3)

ONEHD_ZO IN SUNG_Interview (4)

ONEHD_ZO IN SUNG_Interview (5)

ONEHD_ZO IN SUNG_Interview (6)

ONEHD_ZO IN SUNG_Interview (7)

ONEHD_ZO IN SUNG_Interview (8)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zo In Sung Tak Sangka Ada Ramai Peminat di Malaysia

Gambar Zo In Sung Kongsi Makan Cotton Candy Dengan Peminat Setia