in

Gambar Terbaru Que Haidar di Sidang Media Cinta Untuk Ain

Budiey nak tabik spring kat pelakon yang baru menamatkan zaman bujangnya pada 2 hari lalu, siapa lagi kalau bukan Que Haidar. Walaupun inai masih merah di jari, Que Haidar masih sudi datang untuk tunjuk muka di Sidang Media Pelancaran Drama Cinta Untuk Ain di Sri Pentas pada jam 3 petang tadi.

Biasanya, kalau bagi pengantin baru yang lain, mungkin masa nih masih terperuk tidur lena di atas katil lagi. Tapi lihatlah pelakon yang dulu pernah menggondol Pelakon Pembantu Lelaki Drama Terbaik Anugerah Skrin 2008, begitu komitmen dengan kariernya. Bravo!

Dalam drama Cinta Untuk Ain, Que Haidar membawa peran sebagai jejaka bernama Shahrul yang happy go lucky, setia pada cinta dan bekerja keras sehabis mungkin untuk mengamit cinta dari gadis bernama Ain lakonan Nabila Huda yang pernah dirogol oleh Farid (lakonan Eizlan Yusof).

Budiey rasa, drama ini begitu sweet dan cute sekali menceritakan tentang perihal cinta dan mengajar kita, betapa pentingnya menerima kekasih kita seadanya. Jangan lupa untuk mengikuti drama 13 episod arahan Heykal Hanafiah di slot Lestary mulai 24 Februari 2009 setiap Selasa, jam 9 malam di TV3.

Budiey: Dengar-dengar seorang penyampai radio Suria FM akan berkahwin tidak lama lagi… mmm… yelah, hari tu dia ada cakap kat Budiey, tahun 2009 ni adalah tahun kasih sayang bagi dirinya. Tup tup, dah nak bina masjid dengan seorang foreigner. Tahniah buat penyampai wanita Suria FM yang bersuara manis ni. Budiey doakan segala perancangan berjalan lancar. Man jadda wa jada (Siapa berusaha akan berjaya), Man Zaraa hasaba… (Sesiapa yang bercucuk tanam, dia dapat hasilnya).

3284458184 Fd61174335 | 3

Comelnya Nabila Huda, Que Haidar nampak letih sikit

3283636561 0F433A4Dc0 | 4

Kesian kat Ain… jangan lupa tengok cara Shahrul mengorat.

3283636995 C9B4F26662 | 5

Haa, tercari gak, takde love bites… bersih!

3283637685 B0581Cf947 | 6

Masih lagi letih, tapi dah kena kerja. Selamat pengantin baru, Que!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Nuraffenda Mohd Ibrahim Pengacara Malam Sinar Maulidurrasul 1430H

AZRI TERSINGKIR, WANA, CASSIE, NASHRIM LAYAK KE GRAND FINAL MYSTARZ LG