in

Gambar Terbaru Farah di Sidang Media Pengumuman Calon Pelajar AF7

Selepas sidang media pengumuman nama-nama calon pelajar Akademi Fantasia musim ke-7 semalam, Budiey sempat berbual seketika dengan bintang AF musim ke-2 yang kian menyinar bakatnya. Siapa lagi kalau bukan Farah Diana Anuar yang kelihatan semakin slim dan ceria dengan senyuman. 

Berkolaborasi bersama geng AF dalam lagu Seribu Impian dari Casey

Khabarnya, album terbaru Farah, FANTASIA sudah pun siap dan baru je sampai di pejabat Maestro. Tunggu untuk diedarkan dan Farah akan mengadakan promosi di seluruh Malaysia tidak lama lagi. Album edaran Warner Music dan diterbitkan oleh Maestro Records ini mengandungi 8 buah lagu yang menggabungkan karya dari komposer dan penulis lirik terkenal.

Terbaru, Farah akan ke Cambodia untuk menjalani pengambaran program Rasa Halal Orient Astro Oasis. Farah tampil dalam imej bertudung untuk mengacarakan program berbentuk travel sambil menerokai makanan halal muslim.

Kepada pembaca, jangan lupa dapatkan album Farah yang terbaru… Fantasia!

Sweet

Tidak lokek untuk menyapa Budiey… tq Farah!

Semakin slim dan mengecil ni, apa rahsianya?

Good luck Farah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Atilia dan Ibunya Salamiah Hassan di Pelancaran ZO Skin Health

Gambar Aril Adik Izwan Pilus Calon Pelajar AF7