in , ,

Gambar Suami Abby Abadi Bernama Muhammad Noor Farhan

Jika semalam, Budiey menyiarkan gambar Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan bersama suaminya yang turut disiarkan oleh selebriti ini di Instagramnya serentak dengan pengumuman beliau bernikah dengan seorang jejaka. Kali ini, Budiey mahu siarkan pula lebih lanjut tentang pernikahan Abby Abadi. Budiey pasti ramai yang tertanya-tanya siapa gerangan pemuda kacak yang menjadi isteri Abby Abadi itu, kan?

abby abadi

[dropcap]O[/dropcap]kay, nama suami baru Abby Abadi ialah Muhammad Noor Farhan Bin Che Bakar, berasal dari Kampung Kok Pasir, Tumpat, Kelantan dan jangan terkejut pulak kalau Budiey katakan, usia suami Abby Abadi 12 tahun lebih muda daripadanya. Abby sekarang berusia 36 tahun. Alah, tak mustahil la kan? Bermakna usia suaminya tu, 24 tahun! Yang penting, orang Kelantan, kira satu negeri la dengan Budiey. Yea, kitorang Kelantanese.

Abby Abadi Selamat Nikah

Abby Abadi dan Farhan bernikah pada 9 Julai lalu iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan. Wah, pandai Abby sembunyikan rahsia ya?

Abby menyifatkan perkahwinannya dengan Farhan, 24, adalah jodoh yang tidak disangka selepas hanya dua minggu berkenalan.

“Pertemuan bermula di sebuah pasar raya di mana kami tiba-tiba sahaja bertentang mata. Selepas dua minggu berkenalan, dia melamar saya dan kami mengambil keputusan untuk berkahwin. Apa yang kami lakukan semua ini adalah kerana Allah. Saya tak tahu nak kata apa kerana ini adalah jodoh daripada-Nya. Saya berharap agar semua pihak mendoakan kebahagiaan kami sehingga akhir hayat.”

Abby bagaimanapun enggan mendedahkan pekerjaan pemuda tersebut, lokasi pertemuan mereka dan di manakah mereka diijabkabulkan sehinggalah beberapa perkara selesai.

Tambah Abby, dia tahu ada yang akan memberi respons positif dan negatif mengenai perkahwinannya itu, namun dia percaya apa yang dilakukan mereka adalah perkara yang baik dan ia adalah jodoh.

Dalam pada itu, beritahu Abby lagi, Farhan merupakan anak kelahiran Kampung Kok Pasir, Tumpat, Kelantan dan dia bakal berjumpa dengan keluarga suaminya itu selepas berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Besut, Terengganu.

“Alhamdulillah, kedua-dua keluarga kami merestui perkahwinan ini walaupun mereka terkejut pada mulanya. Ini pun saya baharu nak berkenalan dengan keluarga suami di Kelantan selepas PRK nanti. Saya dapat rasakan perkahwinan ini juga adalah sesuatu yang menenangkan lebih-lebih lagi melihat wajah suami yang sentiasa tenang dalam apa-apa jua situasi.”

Pasangan tersebut bercadang akan mengadakan resepsi perkahwinan mereka pada 31 Ogos depan dan majlis di pihak lelaki pula akan diadakan seminggu selepas itu. Bagaimanapun, lokasi masih belum ditetapkan lagi.

Abby sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor Norman Hakim pada 8 Januari 2002 dan bercerai pada 18 September 2008. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,10, Marissa Dania Hakim,8, dan Maria Danisha Hakim, 5. Sumber: Mstar Online

suami abby abadi

What do you think?

72 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. Hanya sebarang pendapat. Jika dapat jodoh dengan jalan allah swt. melalui doa dan solat hajat, memang sejuk dan kekal abadi. Yang dilarang mencari jodoh secara sihir… memang tak kekal lama.

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sajian Rohani di Portal Ramadan Raya

Amboi Zizan Razak Shopping Sakan di Sony Store KLCC