in ,

Amboi Zizan Razak Shopping Sakan di Sony Store KLCC

Korang bayang kan seketika, jika anda diberi peluang untuk shopping sakan di gedung peralatan canggih Sony. Kira satu kedai korang borong. Nak apa, korang boleh ambik. Best kan? Tidak dapat Budiey bayangkan apa perasaan pelawak terkenal Zizan Razak yang telah diberi peluang seperti itu pada hari Sabtu yang lalu. Memang best. Budiey sendiri lihat, wajah Zizan sangat ceria di saat memilih satu persatu barang dan gaket Sony yang dia mahu kan.

Zizan Duta Sony

[dropcap]T[/dropcap]erdahulu, Budiey nak ucapkan tahniah buat Zizan kerana telah dilantik menjadi duta Sony. Calang-calang orang je boleh jadi duta produk Sony. Sebelum ini, Lisa Surihani dilantik dengan gelaran yang sama untuk kempen kamera terbaru Sony. Sebagai duta Sony, pastinya Zizan akan terikat dengan rangka promo dan antara salah satu aktiviti promo adalah menghadiri sesi shopping sakan di gedung Sony yang terletak di Suria KLCC baru-baru ini. Zizan tampil di Sony Store KLCC membeli belah gajet-gajet terbaru Sony bersempena dengan sambutan raya akan datang. Kiranya borang sakan ni untuk hari raya la kan? Semua benda nak baru, baju baru, rumah baru, dan peralatan elektrik kat rumah pun mahu baru jugal Ahli-ahli MySony serta peminat juga turut dipelawa menyertai fiesta membeli belah ini.

Para media yang datang juga diberi peluang menonton sebuah video yang memaparkan Zizan Razak review secara ringkas produk Sony. Kelakar pun ada gak video ni. Plotnya pun kreatif.

Zizan Duta Sony

Zizan diperkenalkan dengan TV BRAVIA termasuk siri-siri 4K terbaru serta Set Teater Rumah oleh Penasihat Produk Sony Store, Sakina. Beliau juga meninjau-ninjau sudut kamera NEX dan Handycam bagi melihat promosi terbaru yang Sony tawarkan.Laptop terbaru keluaran Sony iaitu VAIO Duo 13 juga ada dipertontonkan.

Selain daripada TV dan laptop, Zizan juga berkesempatan melihat telefon pintar Xpreria Z dan Xperia Tablet Z yang boleh dihubungkan melalui One-Touch menggunakan kesepaduan Komunikasi Medan Terhampir (NFC) dan keupayaan Bluetooth.

Promosi Raya Sony telah pun bermula pada 26 Jun lepas dan bakal berakhir pada 18 Ogos depan. Sony turut menawarkan skim ansuran PERCUMA 1 bulan apabila anda menandatangani pelan ansuran 0% selama 24 bulan.

Zizan Duta Sony

Zizan Duta Sony

Zizan Duta Sony

Zizan Duta Sony

Zizan Duta Sony

Zizan Duta Sony

Zizan Duta Sony

Zizan Duta Sony

Zizan Duta Sony

Zizan Duta Sony

Zizan Duta Sony

Zizan Duta Sony

Zizan Duta Sony

Zizan Duta Sony

Zizan Duta Sony

Zizan Duta Sony

Zizan Duta Sony

Zizan Duta Sony

Zizan Duta Sony

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Suami Abby Abadi Bernama Muhammad Noor Farhan

Selebriti Popular Jadi Tamu di Akustika Ramadan TV3