in

Rahsia Di Sebalik Kemenangan Sam Smith di Anugerah GRAMMY

Seperti yang diramalkan oleh semua pemerhati seni hiburan seluruh negara, penyanyi muda Samuel Frederick ‘Sam’ Smith atau Sam Smith mencipta sejarah tersendiri apabila mendominasi kemenangan kategori Record of The Year dan Song Of The Year menerusi lagu Stay With Me pada Anugerah Grammy yang ke-57 yang berlangsung di Staples Center Los Angeles, California yang berlangsung semalam.

Ramai yang mengatakan rahsia utama menjadikan kemenangan berpihak kepada Sam Smith adalah kerana bakat semulajadi penyanyi ini yang dapat membawa lagu dengan baik disamping album yang terbaik selari dengan vokal mantap yang dimilikkinya.

Tidak dinafikan jika ada yang menganggap Sam Smith diumpamakan sebagai Adele versi lelaki. Terlakar dalam album sulungnya, bait-bait lirik yang menceritakan tentang kisah hidupnya, apa yang dilaluinya dan Smith seperti meluahkan apa yang terbuku termasuk soal peribadinya.

Sam Smith

Kali pertama bertanding di acara muzik berprestij itu dengan hanya berbekalkan album sulung In the Lonely Hour, Smith yang secara terbuka diketahui mengamalkan cinta sejenis

“Terima kasih semua untuk malam yang indah ini. Sebelum saya menghasilkan album ini saya sudah cuba melakukan segala-galanya supaya muzik saya dapat didengari dan dikongsi semua. Malah saya juga cuba untuk turunkan berat badan selain menghasilkan muzik yang teruk. Hinggalah akhirnya saya menjadi diri sendiri dan tanpa disedari karya muzik saya itu berjalan seadanya sekali gus diterima ramai.”

Semasa ucapan, Sam Smith seakan menujukan kata-kata terima kasih kepada bekas kekasihnya Jonathan Zeize di mana cinta mereka putus di tengah jalan.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada kamu (merujuk kepada lelaki yang mungkin pernah bertakhta di hatinya). Album ini mengenai, …terima kasih kerana melukakan hati saya kerana anda saya terima empat anugerah Grammy.”

Sementara itu, kejutan lain yang mencuri tumpuan apabila, penyanyi rap, Kanye West cuba buat hal pada majlis berprestij itu apabila sengaja merebut trofi berkenaan sama seperti yang pernah dilakukan pada tahun lalu kepada penyanyi Taylor Swift sewaktu sedang menyampaikan ucapan kemenangan.

Lagu tersebut juga tambah memberi tuah buat penyanyi kelahiran Britain ini apabila turut memenangi kategori Artis Baru Terbaik dan dia sekali lagi naik ke pentas apabila diumumkan pemenang Vokal Pop Terbaik Dalam Album menerusi albumnya berjudul ‘In the Lonely Hour’.

Bagaimanapun, penyanyi dan pemuzik Beck menidakkan Smith untuk meraih anugerah utama selepas berjaya meraih anugerah lagu terbaik menerusi ‘Phase Morning’. Dia juga memenangi kategori Album Rock Terbaik.

Beyonce pula kelihatan berpuas hati menerima dua anugerah besar yang dimenangi menerusi lagu ‘Drunken Love’ bersama suaminya, Jay-Z untuk kategori Persembahan R&B Terbaik dan juga satu lagu kejayaan bersama jurutera bunyinya untuk kategori Best Surround Sound Album.

Kolaborasi penyanyi bervokal mantap Tony Bennett dan Lady Gaga juga berjaya mencipta kejayaan menerusi kategori Vokal Terbaik Album Pop Tradisional.

Selain itu Anugerah Grammy 2015 bukan saja memberi tumpuan kepada pemenang tetapi seperti biasa acara ini meninggalkan momen-momen menarik lagi mengejutkan.

Penyanyi Katy Perry tampil dengan gimik dengan menyebut nama Presiden Obama sempena kempen menentang keganasan rumah tangga dan penderaan dan memperjuangkan hak asasi mangsa bernama Brooke Axtel. Penyanyi itu memnyampaikan mesej tersebut sebelum dia membuat persembahan menyanyikan lagu ‘By the Grace of God’.

Seperti biasa, persembahan diva Madonna cukup memukau dan seksi sewaktu menyanyikan single terbarunya ‘Living For Love’ antara yang paling menjadi kegemaran ramai penonton.

Penyanyi yang juga mencipta tiga kemenangan iaitu dalam kategori Persembahan Pop Solo Terbaik, Muzik Video Terbaik dan Album Kontemporari Urban Terbaik, Pharell William tampil dengan persembahan yang juga sangat memukau dengan mendendangan lagu hitsnya ‘Happy’ versi okestra.

Suasana acara menyanyi sedikit hiba dan menyentuh perasaan penonton apabila mendiang Joan Rivers memenangi anugerah Grammy pertamanya menerusi kategori Best Spoken Word Album (“Diary Of A Mad Diva”).

Antara penyampai yang tampil menyampaikan anugerah, Dave Grohl, Jennifer Hudson, Enrique Iglesias, Nick Jonas, Shia LaBeouf, Smokey Robinson, Keith Urban dan Stevie Wonder.

Penyanyi sensasi Taylor Swift memberitahu dia tidak mahu membuat persembahan di Anugerah Grammy tahun ini kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada persiapan untuk konsert jelajahnya, ‘1989’ pada musim panas ini.

Senarai pemenang Anugerah Grammy ke-57:

Rekod Terbaik Sepanjang Tahun: Sam Smith

Lagu Terbaik Sepanjang Tahun: Stay With Me

Album Terbaik Sepanjang Tahun: Morning Phase – Beck

Artis Baru Terbaik: Sam Smith

Lagu R&B Terbaik: Beyonce, ‘Drunk in Love’

Lagu Rap Tebaik: Kendrick Lamar – ‘I’

Lagu Rock Terbaik: Paramore – ‘Ain’t It Fun’

Lagu Country Terbaik: ‘I’m Not Gonna Miss You’

Persembahan R&B Terbaik: Beyonce, ‘Drunk in Love’

Persembahan Pop Solo Terbaik: Pharrell Williams, ‘Happy’

Persembahan Rock Terbaik: Jack White – ‘Lazaretto’

Persembahan Pop Duo/Berkumpulan Terbaik: A Great Big World With Christina Aguilera – “Say Something”

Persembahan Metal Terbaik: Tenacious D – “The Last In Line”

Persembahan Rap Terbaik: Kendrick Lamar – “I”

Persembahan Tradisional R&B Terbaik – “Jesus Children”

Persembahan Solo Be Country:Carrie Underwood – “Something In The Water”

Persembahan Duo/Berkumpulan Country Terbaik: The Band Perry – “Gentle On My Mind”

Persembahan ‘American Roots’ Terbaik: Rosanne Cash – “A Feather’s Not A Bird”

Vokal Pop Terbaik Dalam Album: Sam Smith, In the Lonely Hour

Album Rock Terbaik – Beck, Morning Phase

Album Rap Terbaik – Eminem, The Marshall Mathers LP 2

Album Kontemporari Urban Terbaik – Pharrell Williams, “Girl”

Album Country Terbaik – Miranda Lambert (Platinum)

Album Bluegrass Terbaik – The Earls Of Leicester

Album Amerika Terbaik – Rosanne Cash (The River & The Thread)

Album Folk Terbaik – Old Crow Medicine Show – Remedy

Album Reggae Terbaik – Ziggy Marley (Fly Rasta)

Album World Music Terbaik – Angelique Kidjo (Eve)

Album Kanak-Kanak Terbaik – Neela Vaswani – I Am Malala: How One Girl Stood Up For Education And Changed The World (Malala Yousafzai)

Album Jazz Latin Terbaik – Arturo O’ Farrill & The Afro Latin Jazz Orchestra (The Offense Of The Drum)

Kolaborasi Lagu Rap/Nyanyian – Eminem Featuring Rihanna (The Monster)

Rakaman Tarian Terbaik – Clean Bandit Featuring Jess Glynne – (Rather Be)

Kompilasi Runut Bunyi (Visual Media) – Frozen

Skor Runut Bunyi Terbaik (Visual Media) – The Grand Budapest Hotel

Lagu Terbaik (Visual Media) – Let It Go (Frozen)

Muzik Video Terbaik – Pharrell Williams (Happy)

Muzik Filem Terbaik – 20 Feet From Stardom

Producer of the Year, Non-Classical – Max Martin
Bang Bang (Jessie J, Ariana Grande & Nicki Minaj)
Break Free (Ariana Grande Featuring Zedd)
Dark Horse (Katy Perry Featuring Juicy J)
Problem (Ariana Grande Featuring Iggy Azalea)
Shake It Off (Taylor Swift)
Unconditionally (Katy Perry)

Koposisi Instrumental Terbaik – John Williams (The Book Thief)

Susunan Instrumental or A Cappella Terbaik – Pentatonix (Daft Punk)

Susunan Instrumental dan Vocals Terbaik – Billy Childs (New York Tendaberry)

Pakej Rakaman Terbaik – Pearl Jam (Lightning Bolt)

Best Boxed or Special Limited Edition Package – The Rise & Fall Of Paramount Records, Volume One (1917-27)

Best Album Notes: Asley Kahn John Coltrane – Offering: Live At Temple University

Best Historical Album: Hank Williams – The Garden Spot Programs, 1950

Best Engineered Album, Non-Classical: Beck – Morning Phase

Best Remixed Recording, Non-Classical: John Legend – All Of Me (Tiesto’s Birthday Treatment Remix)

Best Surround Sound Album: Beyoncé – Beyoncé

Best Regional Roots Music Album: Jo-El Sonnier – The Legacy

Album Muzikal Teater Terbaik – Beautiful: The Carole King Musical

Album Blues Terbaik – Johnny Winter (Step Back)

Album ‘Spoken Word’ Terbaik – Joan Rivers (Diary Of A Mad Diva)

Album Komedi Terbaik – Weird Al” Yankovic (Mandatory Fun)

Best New Age Album – Ricky Kej & Wouter Kellerman – Winds Of Samsara

Best Improved Jazz Solo – Chick Corea (Fingerprints)

Best Jazz Vocal Album – Dianne Reeves (Beautiful Life)

Album Instrumental Jazz Terbaik – Chick Corea Trio – Trilogy

Best Large Jazz Ensemble Album – Gordon Goodwin’s Big Phat Band (Life In The Bubble)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KRU Music Lancar Album Kompilasi GERENTI BEST & GERENTI KAROK

Istimewanya Bila Elfira Loy Jadi Hos MAD MARKETS Musim 3