in , ,

Gambar Sharifah Amani Botak dalam Filem MUALLAF

Sharifah Amani botak! Dipaksa botak atau dia sendiri yang mahu? Rela Nani dibotakkan kepala semata-mata untuk menghayati watak Rohani dalam filem terbaru Yasmin Ahmad, Muallaf, ek?

Bukan saje Nani yang rela, malah ibunya, pelakon dan guru seni persembahan Akademi Fantasia, Fatimah Abu Bakar juga rela dan setuju anaknya dibotakkan kepala. Setelah Cikgu Fati membaca skrip dan memahami apa kehendak cerita itu, dia percaya semua ini kerana profesional sebagai pelakon.

551653526 03C7Cffcf7 O | 4

Walaupun sedih, tindakan anaknya itu berbaloi untuk kesan dan impak filem ini. Bukan gimik dan bukan juga kerana wang semata-mata. Tapi kerana untuk menghidupkan watak dan menjiwai karakter yang dimahukan. Filem yang sedang dalam pembikinan ini akan menampilkan tiga adik-beradiknya yang lain iaitu Sharifah Aleya, Sharifah Aleysha dan Sharifah Aryana.

Pelakon filem Cinta ini turut memberitahu, kemungkinan besar Amani dan Aleya akan terbang ke Paris pada bulan depan setelah diundang menghadiri Festival Sinema Paris yang berlangsung dari 3 hingga 14 Julai ini.

551847355 69A8555Dbc O | 5

Festival terbabit akan menayangkan kesemua filem arahan Yasmin sebelum ini, sebagaimana pernah disaksikan di Tokyo, tidak lama dulu. Kalau Natalie Portman dan Britney Spears pernah botak, kini kita rasa ralat sikit tengok perempuan Malaysia cukur rambut sampai botak. Mmm… yang tentunya, ini boleh timbul isu dan kontroversi sebab mesti ada yang tidak bersetuju dengan tindakan Nani.

Apa kata anda pula?

[kredit foto: Berita Harian]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Agnez Mo | 17

Konsert Agnes Monica di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

Pierre Andre | 18

Pierre Andre & Fasha Sandha Cium Mulut Guna Teknik Trick Khas Kamera