in , ,

Konsert Agnes Monica di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

Konsert Agnes Monica Kuala Lumpur akan diadakan di Stadium Negara pada 23 Jun ini jam 8.30 malam. Soalnya, ramaikah peminat Agnes Monica yang akan hadir? Memandang ini pertama kali Agnes Monica yang terkenal dengan lagu Tak Ada Logika dan lagu Bilang Saja ini buat mega showmanship di KL, saya kira ramai peminat yang tidak mahu melepaskan peluang. Sebenarnya, dah banyak kali konsert Agnes Monica dirancang tapi selalu gagal. Kenapa ya?

blogAgnes akan memilih lagu-lagu yang ngetop dari dua albumnya iaitu And The Story Goes... pada 2003 dan Whaddup A! Saya kira masih tidak cukup dengan 2 lagu yang popular itu, nampaknya Agnes juga akan menyanyikan beberapa buah lagu dari penyanyi Malaysia. Ini mungkin satu kejutan buat peminat.

Agnes boleh menari dengan lincah dan vokal lantang. Yang membanggakan, Agnes pernah berduet dengan Boyz II Men di Konsert grup R&B itu di Jakarta tidak lama dulu. Pernah mendapat tawaran untuk merakam album di USA tetapi ditolak palajar yang selalu mendapat CGPA purata 3.5 ini  atas alasan tidak mahu terburu-buru.

Info Agnes Monica Live In Kuala Lumpur:
Harga Tiket: RM35, RM55, RM85, RM115, RM135 dan RM155.
Lokasi jualan: Ibu pejabat Axcess, Jalan Semangat, Petaling Jaya; Pusat Beli Belah 1-Utama; Stadium Putra Box Office; Rock Corner, Mid Valley; Tower Records, KLCC dan Lot 10; The Actors Studio, Bangsar dan rangkaian Music Valley di Midlands Park, Pulau Pinang, Greentown, Ipoh dan Holiday Plaza, Johor Bahru.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Updated: Readers ToGether Gather Ke-3 Menonton Filem WARIS JARI HANTU

Gambar Sharifah Amani Botak dalam Filem MUALLAF